Thursday, September 11, 2014

11:46:00 AM

Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ada kalanya mula menunjukkan sikap negatif suka memberontak, membaling barang, merajuk dan mengamuk tanpa sebab yang kita ketahui. Adakah anak anda sendiri pernah berperangai sedemikian?
Jika anak anda pernah berkelakuan begitu, bukan bermaksud dia menjadi degil atau kurang ajar. Tetapi anak sekecil itu sedang belajar untuk ekspresi dirinya disebabkan faktor keletihan atau kecewa terhadap sesuatu perkara.
Jika dalam bahasa psikologi kanak-kanak, kategori kanak-kanak sedemikian dikenali sebagai Tantrum.Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala Temper Tantraum pula suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.
Ia seringkali muncul pada anak berusia 15 bulan – 6 tahun. Masalah tantrum biasanya terjadi pada anak yang hiperaktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap ‘sulit’ dengan ciri-ciri berikut:
  • Kanak-kanak tidak cukup tidur.
  • Makan dan proses pembuangan najis yang tidak teratur.
  • Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak dikenali.
  • Lambat menyesuaikan diri terhadap perubahan suasana baru.
  • Emosi tidak tenteram.
  • Mudah marah dan menangis.
  • Sukar mengalihkan perhatiannya.
  • Berikut adalah beberapa contoh kelakuan tantrum mengikut peringkat usia:

Di bawah usia 3 tahun:
  • Menangis
  • Menggigit
  • Memukul
  • Menendang
  • Menjerit
  • Memekik-mekik
  • Menghempaskan badan ke lantai
  • Memukul tangannya
  • Menahan nafas
  • Menghentakkan kepala
  • Melemparkan barang
  • Menyangkung
  • Memeluk tubuhnya

Usia 3 – 4 tahun:
  • Perilaku kesemua di atas
  • Menghentakkan kaki
  • Berteriak
  • Meninju
  • Menghempas pintu
  • Mengkritik
  • Merengek

Usia 5 tahun ke atas:
  • Perilaku kesemua di atas
  • Memaki-hamun orang lain atau ibu bapa
  • Menyumpah
  • Memukul kakak atau adik atau kawan-kawannya
  • Mengkritik diri sendiri
  • Memecahkan barang dengan sengaja
  • Mengancam
  • Merungut

Cara bantu anak menjadi tenang:
  1. Peluk anak dari arah belakang.
  1. Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
  1. Bagi yang beragama Islam, boleh bacakan ayat-ayat suci al-Quran supaya syaitan tidak menghasutnya.
  1. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
  1. Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Sumber : PaMa

0 comments:

Post a Comment