Sunday, September 21, 2014

8:14:00 PM

Kajian menunjukkan bahawa air liur bayi yang berumur seawal 3 ke 4 bulan mengandungi enzim yang dapat mencerna karbohidrat. Ini bermaksud bayi pada umur ini sudah boleh menerima makanan pepejal berupa buah-buahan, sayuran, nasi, ikan dan daging.

Risiko Menyuap Makanan Menggunakan Sudu

Tercekik
Namun begitu, memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Kebiasaannya ibu bapa akan memberi makan anak kecil mereka menggunakan sudu. Menyuap makanan secara pasif kebiasaannya akan ditolak oleh bayi. Mereka akan mengelak dan merengek menangis menolak suapan daripada ibu mereka. Perkara ini sangat berbahaya kerana cebisan makanan boleh masuk ke dalam saluran pernafasan bayi, boleh menyebabkan mereka tercekik semasa menangis.
Pencemaran
Menyuap makanan menggunakan sudu juga boleh menyebabkan pencemaran silang apabila si ibu meniup makanan panas di atas sudu. Bakteria daripada mulut boleh mencemari makanan bayi.
Risiko tersebut dapat dikurangkan apabila anak kecil menggunakan Food Feeder (‘penyuap makanan’) yang berbentuk seperti teether. Sudu dan mangkuk tidak diperlukan. Sebaliknya anda hanya perlu untuk menyediakan puri makanan bayi seperti biasa dan masukkan ke dalam poket Food Feeder.

Kelebihan Food Feeder

Bayi dapat makan dengan lebih selesa
Bayi lebih mudah untuk makan menggunakan Food Feeder kerana mereka akan menelan puri tersebut dengan cara mengunyah poket Food Feeder seolah-olah seperti menghisap puting botol susu. Mereka pasti lebih aktif mengunyah kerana cara makan yang lebih menepati cara biasa mereka meminum susu.
Bayi anda juga dapat menikmati makanan pepejal pertama mereka dengan selesa dan gembira. Ini mampu menstabilkan emosi mereka dan lebih merapatkan hubungan dengan ibu bapa kerana anda tidak perlu risau dan pening kepala menguruskan kecomotan bayi anda!
Khasiat makanan lebih banyak diserap
Apabila mereka dapat makan dengan selesa, risiko tercekik dapat dikurangkan. Tambahan lagi, air liur yang mengandungi enzim lebih aktif dirembeskan, membolehkan nutrien dalam makanan dapat dicerna dan diserap oleh badan dengan lebih efektif.
Dengan menggunakan Food Feeder, bayi anda berpeluang untuk merasa makanan pepejal di awal usia 3 ke 4 bulan dengan lebih efisien. Dengan itu, mereka dapat menerima lebih banyak vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayuran untuk tumbesaran.
Membantu Perkembangan Deria dan Otak
Dengan Food Feederanak anda cenderung untuk mengutip Food Feeder dan memasukkannya sendiri ke dalam mulut. Walaupun perbuatan ini mudah, tapi sebenarnya ia dapat membantu deria dan kordinasi otot.
Perbuatan mengunyah yang berterusan menggunakan Food Feeder juga boleh meningkatkan aliran oksigen ke otak sekaligus membantu perkembangan neuron, insya Allah menjadikan anak anda lebih pintar!
Apa yang paling penting, dengan Food Feeder anak anda akan makan dengan keinginannya sendiri tanpa perlu dipaksa suap. Bayi gembira, ibu bapa pun bahagia!

Produk Food Feeder yang Terbaik dan Termurah di Pasaran


',

Baby Food Feeder ini boleh didapati di Online Store The Baby Store Malaysia 




0 comments:

Post a Comment