Wednesday, September 17, 2014

5:08:00 PM


Anak terlalu kurus? Tidak tahu apakah makanan yang sesuai untuk menambah berat badannya? T
  • Dapatkanlah maklumat lengkap tentang piramid pemakanan kanak-kanak Malaysia daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan cara ini anda akan lebih faham tentang nutrien-nutrien yang diperlukan oleh anak untuk tumbesarannya seterusnya membolehkan anda memberi anak makan makanan yang sepatutnya.
  • Persembahkan makanan kepada anak dengan gaya yang menarik agar dia terpikat seterusnya teruja untuk menikmatinya.
  • Walaupun anak anda kurus, ini tidak bermakna anda mesti beri dia makan dalam kuantiti yang banyak. Ingat, kanak-kanak perlu diberi makan mengikut saiz kanak-kanak dan bukan saiz orang dewasa. Untuk pengetahuan, saiz hidangan kanak-kanak ialah di antara satu perempat hingga separuh hidangan orang dewasa.
Beri anak anda makan kerap. Misalnya, hidangan sneknya perlu diberi dua kali sehari berbanding sekali bagi kanak-kanak biasa. Pada masa yang sama, dia perlu mengambil hidangan utama sebanyak tiga kali sehari.
Jangan biarkan anda makan bersendirian. Temani anak ketika dia makan. Anda juga boleh suapkan makanan untuk anak agar dia makan lebih banyak.

Kanak-kanak kurus perlu diberi makanan yang tinggi kalorinya. Antaranya ialah :
  1. Keju
  2. Kekacang
  3. Dadih
  4. Susu
Bersabarlah jika anak anda sering menolak untuk makan. Anda digalakkan untuk bertanyakan kepada anak, apakah yang dia ingin makan dan bukan memberi dia makan mengikut selera anda.

Jika berhasrat untuk memberi anak vitamin atau makanan tambahan agar seleranya bertambah, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan pada anak.


Sumber : Pa&Ma

0 comments:

Post a Comment