Friday, October 10, 2014

Adakah Anak Anda Kerap Terhantuk Kepala?


Soalan:
Anak saya berusia tiga tahun dan kerap terjatuh, tersembam  serta mengalami hentakan kuat di kepala. Kadang kala sehingga timbul benjol di kepalanya. Biasanya saya akan tuam kepala anak dengan tuala panas untuk mengurangkan benjolan tersebut. Apa yang merisaukan saya adalah kesan daripada hantukan yang kuat di masa akan datang.
Jawapan:
Apabila anak terjatuh dan mengalami hentakan di kepala, semua ibu bapa akan berasa risau. Tetapi tidak semua hentakan mesti disusuli dengan pendarahan. Kesan kepada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak serius namun tetap dibimbangi.
Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius. Sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka menggunakan kain yang bersih.
Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa ke klinik atau hospital berhampiran sambil terus menekan luka tersebut. Selain daripada luka ada juga kecederaan kepada kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja.
Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pendarahan di bawah kulit dim ana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ini bermakna pendarahan tersebut di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
Namun mangsa masih perlu diberi perhatian jika dia menunjukkan simptom-simptom yang menandakan pendarahan otak. Rawatan segera perlu diberikan. Benjol yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.
Cold compress atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda. Hot compress atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak.
Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecedaraan kepada kulit sahaja dan keduanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit. Ini bermakna jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan ia tidak bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
Kesan hentakan kepada tengkorak yang serius adalah keretakan kepada tengkorak. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang sangat kuat dan ada risiko kesan serius kepada saraf dan otak. Ia juga akan menyebabkan otak terdedah kepada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.

Selain daripada keretakan tengkorak, kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak. Bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana di dalam otak.
Sumber : PaMa

No comments:

Post a Comment