Wednesday, August 19, 2015

1:22:00 PM

 

Tips ini dikongsi oleh Puan Maziah Ismail di blog beliau dan menceritakan tips untuk ibu berjaya berniaga dan menguruskan anak-anak.
 http://supplementsihatsemulajadi.blogspot.com/

Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu yang berniaga di rumah sambil jaga anak-anak. Keputusan berhenti kerja dan mulakan berniaga di rumah merupakan satu keputusan yang sangat-sangat tepat dan langkah yang bijak sekarang ini. Ibu-ibu mempunyai alasan tersendiri mengapa mengambil keputusan berhenti kerja dan mulakan berniaga di rumah. Lepas ini saya akan berkongsi tips berjaya berniaga di rumah agar anak-anak tidak terabai. 

Sekarang yang menjadi dilema setelah berniaga di rumah adalah tidak pandai urus masa berniaga dan anak-anak. Keadaan menjadi kelam kabut, bila mula saja kita nak pegang laptop nak mulakan urusan business anak pun panggil. Ada yang nak itu, ada yang nak ini. Minta tolong cebok la, berebut mainan dengan adik beradik la.. Macam-macamlah sampai naik pening dan serabut. Betul tak??? pastu mula la nak jadi tarzan la... rimau jadian la, raksasa la semua keluar.. Hulk pun nak jadi.. hihihi..

Saya pun mengalami masalah yang sama, dengan kerenah 4 orang anak yang aktif dan sangat-sangat menguji kesabaran mak!!

Bila dah keadaan tidak terurus, kelam kabut, kita akan rasa macam masa tu tak cukup, berjam-jam cuba spend masa tp satu apa tu tak dak. happrakk, habuk pun tak da... Dah tu rasa kerja rumah pun makin bertambah-tambah. STRESSS gilaaaa...

Jadi kesempatan ini saya nak berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana tips berjaya berniaga di rumah agar anak-anak tidak terabai.


TIPS # 1 - BANGUN AWAL UNTUK MASAK

Mulakan hari dengan bangun awal, bagus bangun awal ni sebab murah rezeki. Kalo pukul 10 baru nak bangun memang kelam kabut la jadinya.. kewajipan kepada Allah pun tah kemana. Ibu-ibu boleh decide nak bangun sebelum subuh ka, sejurus dengar azan subuh ke, tak kisah janji bangun awal. Seeloknya bangun sebelum subuh la, mandi-mandi kemudian terus boleh solat subuh di awal waktu. Lepas dah solat tu boleh la sediakan makanan sarapan untuk anak-anak dan suami. Boleh siap anak-anak yang ke sekolah dan bapaknya sekali hihi.

TIPS # 2 - SEDIA STOK BAHAN MASAKAN UNTUK 1 MINGGU

Stok masakan ni contoh macam lauk basah, cili giling, bawang untuk tumis dan sebagainya. Macam saya,  suami akan beli stock lauk untuk 1 minggu, saya akan cuci dan bersihkan semua lauk-lauk dan simpan dalam tupperware ikut sukatan lauk yang nak dimasak pada hari-hari tertentu.. kemudian simpan dalam freezer. Jika nak masak hanya keluarkan bekas yang yang kita dah sediakan itu sahaja. Senangkan? jadi tak perlu la nk buang masa cuci dan bersih lauk yg nak masak tu sebab semua dah tersedia cuci dan bersih. Cuma perlu masak sahaja.

Bawang pula boleh kita buang kulit siap-siap masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Cili mesin pun sama juga, mesin cili buat stock simpan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna semua benda dah tersedia jadi disini kita dah boleh jimat masa di dapur, dalam kurang 1 jam dah siap masak lauk-lauk dan nasi.

TIPS # 3 - JANGAN HIMPUN BAJU YANG TIDAK BERLIPAT DAN BELUM DI BASUH.

Bab himpun baju tak berlipat ni pun merupakan habits saya juga hihih.. Cukup malas dan bercinta kalo nak lipat baju, bertimbun-timbun baju dalam raga yang belum dilipat. Nak pakai cari ja dalam raga hahah.. Saya pasti ibu-ibu di luar pun mengalami sifat MALAS lipat baju.. Jadi lepas ni kenalah rajin-rajin lipat baju. Kutip saja baju yang dah kering terus lipat, jangan di tangguh-tangguh, kalo tangguh haaa mula nak menimbun balik kan?
Macam saya akan bahagikan baju-baju yang boleh digantung dengan hanger dan sidai guna hanger. Jika dah kering terus sangkut saja di tempat baju2 yang bersih. Baju yang tak boleh di hanger tu terpaksa sidai macam biasa.

TIPS # 4 - KEMAS RUMAH BILA ANAK TIDUR

Jika anak-anak tidur boleh la kita mulakan operasi mengemas. Jika anak-anak sibuk bermain memang susahla kita nak mnegemas. Nanti jadi macam ni, kemas kat sana semak kat sini, Kemas kat sini, semak kat sana. Haaa x pernah kemas la rumah jadinya..Kan, kan, kan???

TIPS # 5 - BAHAGIKAN KERJA @ MINTA TOLONG HUBBY BUAT KERJA RUMAH SAMA-SAMA.

Haaa yang ni lah yang paling penting... jika semua kita nak buat dari A sampai Z memang tak cukup masa, penat bagai.. jadi kita kenala ringan-ringankan mulut tu minta tolong dari hubby kita. Minta tolong dia buat buat benda yang dia boleh buat la. contoh tolong sidai baju ka, tukar lampin anak, basuh baju ka.. buak nak kena basuh guna tangan, campak masuk dalam mesin ja pun kan.. Kenalah pandai guna taktik macam mana nak minta tolong, suami masing-masing kan mesti la dah tau macam mana kan. Tak kan ni pun nk kena ajar hiihi...

TIPS # 6 - SELESAI URUSAN ANAK-ANAK DAHULU SEBELUM URUSAN KITA.

Macam mana nak urus anak-anak dahulu? senang saja, anak-anak ni jika diorang dah kenyang pasti tak kacau kita. Seronok ja main, jadi pastikan kita bagi anak-anak makan kenyang-kenyang dahulu sebelum mulakan urusan kita. Sediakan air dan biskut untuk anak-anak ulang makan jika diorang dah letih main. Jangan lupa sediakan tempat untuk mereka baring-baring lepas penat bermain. Jangan lupa juga kat hubby kita sorang tu, pastikan perut dia pun kenyang...


TIPS # 7 - JANGAN STRESS, REHAT JIKA PENAT.

Tips ni sangat-sangat penting sebab melibatkan emosi kita. Bila emosi terganggu habis semua akan terkesan, jadi jagalah emosi kita. Kalo rasa stress dan penat tu rehatlah, jangan push diri lagi. Tidur sebentar yang berkualiti dalam 5 ke 10 minit pun dah cukup. Supaya otak dan badan dapat refresh balik.

TIPS # 8 - BUAT CHECKLIST @ JADUAL URUSAN HARIAN

Buat jadual aktiviti kita seharian di rumah. Contoh bangun jam berapa, sekian-sekian jam buat kerja apa. Cuba ikut jadual yang kita buat tu sebauk yang boleh, jangan lengah-lengah dan tangguh kerja pada waktu yang kita dah set dalam jadual. Jadi bila dah ada jadual tu urusan dan kerja-kerja rumah pun akan selesai seperti yang kita harapkan. Kita punya urusan berniaga pun berjalan dengan lancar. Uruasan hariaa kita pan selesai dan bergerak lancar.

TIPS # 9 - AMALAN ROHANI

Dalam banyak-banyak tips yang saya kongsikan, tips amalan rohani adalah tips yang paling-paling penting sebagai umat Islam tak kira la siapa diri kita. Dengan amalan rohani ni hati kita akan sentiasa tenang. Solat dhuha, tahajjud, zikir dan bersedekah.. Orang kata ada duit boleh beli semua benda tapi kena ingat ketenangan tak boleh dibeli. Orang kaya pun belum tentu tenang... Selain hati tenang, kita juga akan dimurahkan rezeki olehNya. Insya Allah.
Saya harap dengan perkongsian tips-tips ini kita sebagai ibu yang bekerja dirumah dapat berniaga dengan berjaya di samping anak-anak pun tidak terabai serta urusan rumah tangga pun tip top. Selamat mencuba ye, insya Allah sedikit sebanyak urusan perniagaan kita akan menjadi lebih terurus dan mudah.


SUDAH BOSAN BEKERJA DI PEJABAT?

INGIN LUANGKAN LEBIH BANYAK MASA BERSAMA KELUARGA?

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK ANDA MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH!

Jom Baca Panduan Ini. Sila Klik Gambar Dibawah!




0 comments:

Post a Comment