Tuesday, November 24, 2015

Ramai Tidak Tahu Cara Mengukur Kaki Anak Sebelum Beli Kasut



Kasut kanak-kanak yang ada di pasaran memang semua menarik rekaannya. Namun bukan semuanya sesuai dengan anak anda. Jangan beli kasut hanya semata-mata tertarik dengan harga dan rekaan sahaja tetapi yang lebih penting adalah keselesaan anak anda. Sebelum membelikan anak anda kasut ada beberapa langkah yang mesti dilakukan ketika memilih kasut.

1. Suruh anak anda berdiri

Untuk mendapatkan ukuran saiz kaki yang tepat, kanak-kanak mesti berdiri tegak. Pastikan kaki mereka rata dan ibu jari dalam posisi tegak.

Pastikan anak anda memakai stoking kerana ia akan memberikan sedikit ruang ketika mengukur dan beranggapan yang anak anda akan sentiasa memakai stoking setiap kali menyarung kasut tersebut.

2. Gunakan pembaris untuk mengukur kaki

Ketika mengukur saiz kedua belah kaki anak anda gunakan pembaris. Ukur kedua kaki anak daripada tumit sehingga ke hujung ibu jari kaki mereka. Oleh kerana setiap kaki mempunyai saiz yang sedikit berbeza anda boleh tambah sama ada 1/4 inci (6.35 mm) hingga 1/2 inci (1.27 cm) dalam ukuran untuk menganggarkan tumbesaran si kecil. Kemudian gunakan ukuran spesifik untuk menentukan saiz kasut yang sebenar.

The Baby Store Malaysia

3. Gunakan ibu jari untuk menentukan

Semasa proses menentukan saiz sebenar kaki anak, gunakan ibu jari anda untuk menentukan sekiranya ibu jari kaki anak melebihi hujung bahagian dalam kasut. Sentiasa lebihkan ukuran kira-kira 1/2 inci (1/.27 cm) di antara ibu jari dengan hujung kasut.

4. Suruh anak berjalan

Sebelum membeli kasut yang diukur, suruh anak anda berjalan dalam kawasan kedai supaya anda boleh melihat bahagian tumit kaki anak. Jika bahagian tumitnya agak longgar dan kasut akan bergerak ke atas dan bawah, kasut tersebut akan menyebabkan kakiknya melepuh.


5. Pilih kasut yang sesuai

* Pastikan kasut untuk anak anda adalah fleksibel. Membeli kasut yang sempit membuatkan anak sukar membengkokkan kaki mereka serta tidak sihat atau tidak selesa.

* Pilih kasut yang mempunyai kelebaran besar. Tulang kaki anak sangat lembut sebelum mereka mencecah usia empat tahun, jadi kasut yang lebar memberikan ruang kepada kaki mereka untuk membesar dengan betul.

* Pilih kasut yang diperbuat daripada material yang boleh menyerap peluh seperti kanvas, kain atau kulit. Kasut ini membolehkan peredaran udara lebih baik semasa kaki anak berada dalam kasut.

* Pilih kasut yang mempunyai bunga (tapak) yang baik dan elakkan daripada memilih kasut yang bertapak licin untuk menjauhkan risiko anak anda terjatuh dan tergelincir.

Sumber : PaMa

Baca : 10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum

Baca Lagi : Makanan Yang Perlu Dielakkan Bayi 6 Hingga 12 bulan


No comments:

Post a Comment