Friday, January 18, 2019

3:18:00 AM


Menutup aurat adalah dituntut ke atas semua perempuan Islam yang sudah mencapai usia baligh. Hanya seluruh muka dan tapak tangan yang dibenarkan terdedah.  Untuk membantu wanita Islam menunaikan syariat agama, muncullah beraneka jenis hijab di pasaran. Ada yang jenis shawl, ada tudung empat segi bawal, ada tudung terus pakai dan macam-macam gaya lagi.

Ramai juga di kalangan ibu bapa yang menyemai tabiat berhijab di kalangan anak-anak perempuan mereka, walaupun belum mencapai usia baligh.  Maka bukan setakat hijab untuk wanita, hijab untuk kanak-kanak perempuan pun sudah banyak di pasarkan.  Tapi persoalan yang timbul ialah bagaimana memilih hijab atau tudung yang sesuai untuk anak-anak yang masih kecil? Gaya atau fesyen tudung untuk si ibu belum tentu kena dengan si anak.  Jadi, mari kita selami gaya tudung yang disarankan untuk anak-anak.


Tudung Kanak-Kanak Yang Selesa dan Mudah


Kanak-kanak cepat berasa rimas, terutamanya apabila cuaca panas atau selepas mereka berpeluh. Carilah tudung yang selesa bagi mereka dan mudah untuk dipakaikan kepada mereka atau mereka memakainya sendiri.  Tudung yang selesa haruslah ‘kena’ dari segi saiz dan jenis fabrik.  Tudung yang mudah pula boleh dipakaikan tanpa mengambil masa yang lama dan tidak memerlukan pin atau kerongsang.  Pin dan kerongsang boleh jadi berbahaya kepada kanak-kanak, lebih-lebih lagi kepada anak yang lasak.

Tudung Kanak-Kanak Yang Tidak Sarat

Ramai ibu-ibu yang suka memakai pakaian sedondon dengan si anak, terutamanya ketika hari raya atau menghadiri majlis.  Tak salah berpakaian begitu tapi kalau tudung si ibu sarat dengan sulaman, manik atau ‘bling-bling’, belum tentu tudung yang sama sesuai dengan si comel anda.   Hiasan tudung boleh menyebabkan tudung menjadi berat dan seterusnya mencetus ketidakselesaan kepada anak kecil.  Sebaik-baiknya untuk kanak-kanak, pilihlah tudung dengan hiasan paling ringkas.
Walaupun kita mahu menggalakkan anak kecil kita menutup aurat dari awal, janganlah keterlaluan.  Tudung labuh misalnya mungkin agak berlebihan untuk kanak-kanak yang belum wajib menutup aurat.  Begitu juga dengan shawl panjang yang perlu dililit berkali-kali atau gaya-gaya lain yang tak sesuai dengan usia kanak-kanak.  Yang terbaik ialah tudung instant yang boleh disarung terus.

Nak Tudung Yang Membuatkan Kanak-kanak Nampak Comel, Selesa Dan Bergaya?

Ada ke tudung yang macam ni?  Simple tetapi cantik, boleh membuatkan anak kecil nampak comel, berasa selesa dan kelihatan bergaya? Hah, mari kita intai koleksi tudung kanak-kanak Fathiyah Dreams.  Ibu-ibu pasti jatuh cinta dengan rekaan tudung kanak-kanak Fathiyah Dreams yang trendy, tapi sesuai dengan jiwa kanak-kanak.
Tudung Kanak kanak Fathiyah Dreams berkualiti tinggi dari segi fabrik yang digunakan, mutu jahitan dan perapian lain.  Awningnya adalah awning lembut, dan semua tudung kanak-kanak Fathiyah Dreams adalah dari jenis ‘instant’ iaitu boleh dipakai terus dan tak perlu menambah pin atau kerongsang. Ia dihasilkan dalam pelbagai saiz dan warna.  Fabrik yang digunakan adalah dari jenis sejuk, tidak tebal, tidak mudah keronyok dan senang digosok dan dibasuh.  Perapian seperti riben, renda, bow, bunga-bunga kecil dijahit kemas.  Bagi fabrik yang bercorak, motif pada tudung sesuai dengan kanak-kanak seperti motif kartun dan aiskrim.

Ciri-ciri Tudung Kanak-kanak Fathiyah Dreams

  1.      Saiz yang tepat dan tidak jarang
  2.      Sukar berkedut dan senang digosok
  3.      Mudah dibasuh
  4.      Tidak panas dan menyerap peluh
  5.      Mudah dipakai dan senang dibentuk
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment