Tuesday, August 26, 2014

12:45:00 PM


Adakah bayi anda sudah mula makan makanan pejal? Pastikan anda menyediakan menu makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan nutrien si manja. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga mengalami kegemukan, anda perlu lebih berhati-hati dalam soal pengambilan makanan sejak anak kecil lagi.

Si kecil yang gemuk sejak kecil berisiko tinggi untuk terus berkeadaan sebegitu apabila meningkat usia dewasa kelak. Oleh itu disiplinkan bayi anda dengan corak pemakanan sihat sejak mereka kecil lagi.

Carta makanan berikut membantu anda dalam penyediaan menu makanan untuk bayi anda.

Umur 6 bulan

  • Tekstur makanan – Puri (halus).
  • Minuman – Susu ibu (lima kali sehari).
  • Makanan cadangan – Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga.
  • Makanan perlu elak – Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur dan kekacang.

Umur 6-8 bulan

  • Tekstur makanan – Puri yang sedikit kasar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan

  • Tekstur makanan – Lenyek atau kisar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 9-12 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (tiga kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan - Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur.
  • Makanan perlu elak – Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam , gula, organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (dua kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
  • Makanan cadangan - Sama seperti keperluan ahli keluarga lain.
  • Makanan perlu elak – Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.

Sumber: Buku 300++ Resipi & Panduan Lengkap Pemakanan Anak

0 comments:

Post a Comment