Wednesday, May 31, 2017

GB Pockit Plus Review. Sila Baca Dahulu Sebelum Buat Keputusan.


Pada tahun ini. GB (Good Baby) telah keluar model Pockit terbaru yang dinamakan Pockit Plus. Memang tidak asing lagi model Pockit ini mendapat tempat di dunia kerana saiz nya yang paling kecil di dunia berdasarkan Guiness World Records. Stroller ini apabila dilipat ianya sangat kompak sehinggakan anda boleh masukkan baby stroller ini ke dalam bag travel anda juga.

Ukuran lipatan stroller ini untuk model 2017 ada sedikit peningkatan dan kini saiznya adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat juga telah meningkat sebanyak 1.8lbs dan kini beratnya menjadi 10.8 lbs berbanding model lama 9lbs. Masih lagi kategori model yang sangat ringan dan kompak! Anda tidak akan hadapi masalah dengan mana-mana syarikat penerbangan kerana ia adalah jauh dari saiz maksimum yang dihadkan oleh Syarikat Penerbangan di dalam dunia ini.

Model terbaru Pockit Plus ini boleh dipasangkan dengan Baby Carseat jenama Cybex (tapi perlu beli adaptornya dan dijual berasingan). Mereka juga telah menaiktaraf tempat duduk Pockit ini dari tidak boleh berbaring kepada boleh berbaring. Tapi anda masih tidak sesuai untuk Newborn kerana kerusinya tidak boleh berbaring habis. Seeloknya digunakan dari bayi 6 bulan keatas.

Sama seperti model asal, Pockit Plus mempunyai bakul simpanan yang agak baik, ada adjustable 5-point harness, tempat duduk yang selesa dan one-step brake. Saiz rodanya hanya 4.5" dan sesuai ditolak pada permukaan yang rata sahaja. Jika anda ingin bawa bersiar-siar ke taman atau di kaki lima sekitar bandar. Anda mungkin berasa agak sedikit sukar kerana stroller ini tiada suspension pada rodanya.

Model ini memang amat sesuai untuk ibu bapa yang suka melancong dan menjalankan urusan luar negara kerana akan banyak digunakan ketika menaiki kapal terbang, pusat membeli-belah atau di tempat peranginan. Saya rasa Aldo Compatto dan Tavo Amber mempunyai persaingan yang lebih serius sekarang.

Saiz kanopi stroller ini amat kecil dan bagi saya perlu diperbaiki sebab ianya kelihatan hanya cukup syarat sahaja. Tetapi saiz bakulnya masih memadai dan jika boleh perlu ditingkatkan.

Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia saya rasa hanya ada dua warna sahaja. Iaitu hitam dan capri blue. Saya akan check semula dengan pembekal sah di Malaysia semula. Harga jualan bagi sebiji stroller ini adalah RM1199. Saya rasa memang sesuai dengan harga ini jika dilihat teknologinya.

Ciri-ciri


Kanopi - Bagi saya kanopi stroller ini sangat kecil. Ianya dibuat sekadar cukup syarat sahaja. Mungkin mereka reka sebegini disebabkan mereka ingin kekal ringan dan kekal kompak. Walaubagaimanapun saya cadang supaya pihak GB akan naiktaraf untuk kanopi ini sebab cuaca di Malaysia ini panas.



Bar Pemegang- Bagi saya bar pemegang Pockit ini memang menarik berbanding stroller lain. Diliputi dengan soft foam memberi keselesaan ketika anda memegangnya. Tetapi apa yang kurang baik adalah ianya tidak boleh laras. Ketinggian 39" dari tanah ianya merupakan ketinggian purata untuk bar pemegang bukan laras.


Kerusi - Ruang kerusi yang sangat lapang dan anda boleh muatkan kanak-kanak yang saiz besar diatasnya. Kerusi ini mempunyai kelebaran 11.5" dengan 21" panjang dan 25" tinggi. Kerusi ini boleh dilaraskan untuk dibaringkan, tetapi tidak sesuai bayi 6 bulan kebawah kerana sudutnya tidak mencukupi.



Tali keselamatan - Terdapat 5 point harness yang boleh dilaras untuk model ini. 



Bakul - Ya, bakul simpanan pun salah satu kriteria penting jika anda ingin membeli stroller. Bagi Pockit, jika dibandingkan dengan stroller yang bersaiz besar yang lain, ianya kelihatan kecil tapi jika kita ambil kira saiz kompaknya, ianya tidaklah teruk. Bakul ini juga boleh menampung berat sehingga 11 lbs yang lebih berat dari berat stroller ini. Hebat kan?



Brek Kaki - Terdapat brek kaki yang disediakan di roda belakang. Hanya tekan satu sahaja untuk kunci kedua-dua roda.

Roda Kecil - Roda yang bersaiz 4.5" dengan roda dihadapan boleh dikunci lurus. Roda ini direka hanya untuk permukaan rata sahaja dan tidak sesuai untuk permukaan lain.



Stroller bayi yang paling kompak di dunia sehinggakan anda boleh masukkan ke dalam bag luggage anda juga. Yang terbaiknya ianya tiada masalah untuk dibawa naik kapal terbang. Apa syarikat kapal terbang pun tiada masalah.


Sama seperti model Pockit, model Plus adalah jauh dibawah saiz maksimum untuk dibawa naik kapal terbang. Saiz lipatan adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat hanya 10.8 lbs, ia sangat mudah untuk digalas atas bahu apabila tidak diperlukan. 

Travel System - Part ini memang menarik. Kebanyakkan model kompak tidak boleh attach bersama car seat. Tapi Pockit Plus boleh attach bersama Cybex car seat akan tetapi perlu beli aksesori tambahan iaitu adaptor.



Kekurangan Pockit Plus

  • Saiz Kanopi yang kecil. Kalau boleh saya ingin kanopi saiz besar yang boleh tanggal dengan sunvisor. 
  • Tiada aksesori tambahan. Tidak seperti Aldo Compatto yang banyak disertakan aksesori. Pockit Plus tiada cup holders, bumper bar atau child trays.
  • Roda yang kecil. Direka khas untuk permukaan yang rata. 

GB Pockit Spesifikasi

  • Stroller weight: 10.8 lbs
  • Weight limit: 55 lbs
  • Folded dimensions: 12.6″ x 7.9″ x 15″
  • Handle bar height: 39″
  • Seat to canopy height: 25″
  • Wheels: 4.5″

GB Pockit Warranty

Jaminan selama 2 tahun diberikan oleh GB daripada tarikh belian kepada pemilik asal Pockit Plus ini.


Warna Yang Terdapat Di Dalam Malaysia

Di dalam Malaysia kini hanya terdapat 4 jenis warna sahaja iaitu Capri Blue, Posh Pink, Monument Black dan Sea Port Blue

Di Mana Hendak Beli?


Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia hanya ada empat warna sahaja dan akan dijual pada harga RM 1199. Ia boleh didapati website The Baby Store dengan harga RM1099  (percuma bag travel bernilai RM99).


Saya rekemen anda beli di The Baby Store kerana servisnya terbaik dan yang penting mereka jual Pockit yang ORIGINAL. Hati-hati pada tiruan ya....

Atau anda boleh terus ke butik mereka di seksyen 22 Shah Alam. Di bawah adalah alamat penuh :-

The Baby Store,
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jln Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Hubungi : 0194006996 (Yati)




Saturday, May 6, 2017

Top 5 Baby Stroller Terbaik 2017 Pilihan BabyMalaysia.com


Mungkin ramai ibu-ibu di luar sana pening untuk memilih stroller idaman mengikut keperluan dan bajet anda. Betul tak?

Di sini kami akan senaraikan 5 stroller paling top yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia pada tahun 2017. Semoga anda dapat buat pilihan anda sendiri.

1. Aldo Compatto 2017 Baby Stroller



Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Free gift yang terdapat dengan pembelian Aldo Compatto ini adalah Raincover, Cup holder, Bumper bar, Stroller bag, Shoulder Strap, Stroller Restrap and Newborn leg cover.

Model Aldo Compatto 2017 kini terdapat dua warna iaitu Merah dan Hitam. 

Jika anda ingin travel. Aldo Compatto adalah jawapannya.

Pendapat penulis : Aldo Compatto adalah model yang sangat berbaloi dimiliki jika diambil kira dari segi harga, rekaan, ketahanan, dan saiz yang kompak.

Harga Jualan : RM 739.90
Harga Promosi : Sila Klik Sini



2. Tavo Amber Compact Stroller


Satu lagi compact stroller yang perlu diberi perhatian. Jenama Tavo adalah jenama dari Korea. Tavo Amber ini bagi saya hampir sama hebat dengan Aldo Compatto cuma kalah dari segi aksesori sahaja. Design yang amat menarik dan bumper bar yang lain daripada yang lain berbanding kebanyakkan model stroller yang lain.

Dari segi lipatan bagi saya ianya sedikit mudah berbanding Aldo Compatto kerana ianya semua berpusat di satu tempat iaitu hanya menekan butang di pemegang sahaja untuk melipatnya. Seriuss... style juga. Berat stroller ini adalah 5.9kg dan sesuai digunakan dari newborn hingga 15kg atau anggaran anak anda berumur 3 tahun.

Ianya juga sesuai dibawa travel. Harganya adalah lebih kurang dengan Aldo Compatto.

Pendapat Penulis : Jika anda tidak suka design Aldo Compatto. Anda boleh pilih model ini. 

Harga Jualan : RM 739.00
Harga Promosi : Sila Klik Sini



3. GB Pockit Plus Compact Stroller

Stroller paling kompak di dunia adalah GB Pockit. Tapi model GB Plus ada sedikit besar saiz dan beratnya tetapi masih lagi kompak. Model Plus ini dinaiktaraf supaya kerusinya boleh berbaring berbanding model lama. Kanopinya sedikit lebar berbanding model lama.

Jika anda ingin lebih detail sila klik review ini : GB Pockit Plus 

Harga jualan : RM1199.

Tapi jika anda ingin membeli. Saya rekemen anda beli dengan The Baby Store. Mereka ada beri diskaun RM1099 free travel bag yang berharga RM99.

Boleh klik link ini : BUY GB Pockit Plus


4. Easywalker Mini Buggy Stroller


Easywalker Mini Buggy ini kini mendapat tempat di Malaysia selepas artis Malaysia Che Ta pakai stroller ini model Union Jack. Design yang menarik dan dalam kelas yang tersendiri.

Harga Asal : RM1599

Harga Promosi : Klik Sini



5. Quinny Zapp Flex Baby Stroller


Jenama Quinny memang tidak asing lagi dikalangan ibu-ibu di Malaysia. Boleh dikatakan Jenama No 1 di Malaysia. Menjadi impian ibu-ibu untuk memiliki stroller ini. Sebab apa? Sebab design 3 roda dan materialnya. Jenama Quinny pun adalah satu sebab juga. Ianya bagai anda membawa BMW atau Mercedes. Cuma harganya yang akan buatkan para bapa termenung.

Berbeza model sebelum ini. Quinny Zapp Xtra banyak dijual dengan harga diantara RM1200-RM1800. Tapi model replacement Quinny Zapp Flex ini berbeza. Harga rata-rata untuk stroller sahaja RM2199. Anda boleh rujuk semua butik-butik bayi. Semua harganya sama. Jika ada harga kurang dari itu. Mungkin produk fake.... boleh pergi GM Klang.. ada sahaja Quinny fake disana.

Antara sebab stroller ini mahal selain kualitinya. Quinny menawarkan Lifetime Warranty... seriusss... mana nak dapat. So memang berbaloi juga. Anda juga akan dapat sekali servis percuma dan basuh juga.

Jika anda ada budget dan berminat dengan Stroller ini. Saya amat sarankan anda beli dengan Authorize Dealer Quinny. Salah satu Authorize Dealer Quinny yang anda boleh pergi ada di Butik The Baby Store. Lokasi di Seksyen 22 Shah Alam. (Berhadapan Kilang Gula CSR) atau anda boleh terus beli online. Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia

Klik Sini -- > Quinny Zapp Flex


TAMBAHAN

Kini model Aldo terbaru yang hampir menyerupai GB Pockit iaitu Aldo Klavier telah keluar. Harga mampu milik yang pasti membuatkan anda ingin memilikinya.

Boleh klik link ini : Aldo Klavier



Friday, May 5, 2017

Review Kedai Baby Shah Alam Terbaik di Seksyen 22





Anda tinggal di Shah Alam? Berjalan-jalan mencari kedai baby Shah Alam memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika kita baru nak menimang cahaya mata. Jika anda search di Google Baby Shop Near Me ... Pasti akan keluar The Baby Store.

Kedai Baby Shah Alam

Di Shah Alam ada banyak kedai baby tapi saya nak review di sini adalah kedai baby The Baby Store yang terletak di Seksyen 22 Shah Alam. Alamat penuhnya adalah The Baby Store, No. 15, Ground Floor, Indah Alam Condominium Shop Lot, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor.

Haaaaa... yang penting Ground Floor tu, sangat memudahkan sebab tidak perlu naik tangga dan yang amat penting senang parking. Free pulak tu... tak perlu bayar parking kepada MBSA. So... boleh shopping lama-lama. Best kan?

The Baby Store ini asalnya hanya online sahaja. Tapi sejak May 2017, mereka dah open showroom. Belum pernah buka website mereka? cuba lihat screenshot dibawah :-


Amacam? macam international website tak? ada pelbagai barangan anda boleh pilih di dalam ini jika anda tidak sempat datang ke Butik The Baby Store.... serius website ini cun.

Ok... jom kita terjah kedai mereka pula....



Bagaimana? nampak selesa tak nak shopping di sini? 

Kalau anda mencari stroller dan car seat... saya sangat rekemen anda datang ke sini. Menurut pemilik butik ini iaitu Puan Hidayati, mereka dalam proses memasukkan pelbagai jenama dan harga dari RM100 hingga lah beribu-ribu ringgit.... untuk bantu anda mencari stroller idaman dan sesuai dengan bajet anda.

Selain itu, set berpantang, makanan bayi, pakaian dan pelbagai barangan ada juga di jual disini cuma saya tidak sempat hendak zoom tadi.

Jika anda perlu bantuan dalam untuk memilih barang anak anda juga anda boleh datang ke sini. Puan Hidayati dan Team mereka akan bantu anda.

Seriuss... bak kata Nora... saya beri 4.5 bintang untuk Kedai Baby Shah Alam ini....

Selamat Bershopping di Baby Shop ini.