Tuesday, August 26, 2014

Carta Makanan Bayi Anda - PENTING Wahai IBU



Adakah bayi anda sudah mula makan makanan pejal? Pastikan anda menyediakan menu makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan nutrien si manja. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga mengalami kegemukan, anda perlu lebih berhati-hati dalam soal pengambilan makanan sejak anak kecil lagi.

Si kecil yang gemuk sejak kecil berisiko tinggi untuk terus berkeadaan sebegitu apabila meningkat usia dewasa kelak. Oleh itu disiplinkan bayi anda dengan corak pemakanan sihat sejak mereka kecil lagi.

Carta makanan berikut membantu anda dalam penyediaan menu makanan untuk bayi anda.

Umur 6 bulan

  • Tekstur makanan – Puri (halus).
  • Minuman – Susu ibu (lima kali sehari).
  • Makanan cadangan – Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga.
  • Makanan perlu elak – Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur dan kekacang.

Umur 6-8 bulan

  • Tekstur makanan – Puri yang sedikit kasar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan

  • Tekstur makanan – Lenyek atau kisar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 9-12 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (tiga kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan - Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur.
  • Makanan perlu elak – Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam , gula, organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (dua kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
  • Makanan cadangan - Sama seperti keperluan ahli keluarga lain.
  • Makanan perlu elak – Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.

Sumber: Buku 300++ Resipi & Panduan Lengkap Pemakanan Anak

Sunday, August 24, 2014

Tips Memilih Stroller Baby





Stroller Baby atau Stroller Bayi ini adalah antara barangan yang wajib dibeli. Sebab dengan ada stroller baby ini memudahkan ketika ingin bersiar-siar.

Ok.. kat sini saya ingin kongsi tips membeli stroller baby berdasarkan pengalaman saya. Pertama kita kene tahu jenis, fungsi dan kesesuaian dengan kita.

Budget


Ini paling penting.. Kita kene tahu berapa budget kita. Selalunya kalau jenama mampu milik yang ada dalam pasaran adalah jenama HALFORD. Banyak model dari HALFORD dibawah RM1000 dan ada bawah RM500 juga. Kalau jenama seperti QUINNY harga dia pasti lebih dari RM1000. So... ikut budget anda.

Kalau nak power lagi jenama STOKKE.. memang stylo.

Keselamatan


Kebanyakkan stroller baby memang ada ciri keselamatan seperti 5-point harness yang ada di tempat duduk baby dan boleh dilaraskan.

Satu lagi, pastikan tidak ada sharp or rough edges yang boleh mencederakan baby kita. Pastikan juga stroller kukuh dan cukup kuat dan mempunyai sistem brek pada roda stroller tersebut.

Fungsi Recline


Fungsi ini sangat penting jika anda beli stroller. Saya cadangkan supaya anda hanya membeli stroller yang boleh recline iaitu boleh baring jika bayi anda tertidur.

Tambahan pula jika newborn baby. Sudah pasti stroller anda perlu dibaringkan sebab newborn baby tidak dapat duduk.

Mudah Dilipat


Ini antara perkara yang perlu diambil kira. Pastikan senang untuk dibuka dan dilipat kembali. Paling cantik beli stroller yang ada lipatan yang dinamakan "Umbrella Fold" ... apabila dilipat akan senang disimpan dan kurang makan ruang.

Saiz Stroller


Kebanyakkan yang pertama kali beli stroller pasti akan beli stroller kali kedua. Sebab stroller pertama ibu-bapa akan memilih faktor kecantikkan design stroller dan nampak stylo apabila dibawa jalan-jalan. Kebanyakkan stroller macam ini lelagi stroller yang  beroda 3 apabila dilipat akan sukar dimasukkan di dalam kereta dan seterusnya bonet kereta penuh.

Jadi akan beli stroller yang kedua yang mempunyai lipatan seperti "Umbrella Fold"

Adjustable Handle


Perkara ini tidak kurang penting juga. Jika anda tinggi, pastikan stroller anda mempunyai fungsi ini supaya memberi keselesaan kepada anda ketika menolak stroller anda kerana boleh adjust panjang handle tersebut.

Selain itu, ada juga adjustable handle yg berfungsi untuk foward facing dan rear facing terhadap anak anda. Baby yang dibawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan foward facing sebab baby ini akan rasa lebih selamat apabila melihat wajah ibu bapa sementara baby yang telah 6 bulan keatas sesuai guna rear facing supaya mereka dapat menikmati pemandangan.

Canopy


Yang ini sangat penting.. pastikan canopy dia boleh extend lebih supaya dapat cover baby kita jika kita berjalan tengah panas. Kebanyakkan canopy stroller tidak cover sangat.

Berat dan Material


Berat sesuatu stroller juga penting supaya memudahkan anda mengangkat stroller dari kerata. Material perlulah selesa untuk baby kita dan tahan lasak.


Diatas adalah antara fungsi-fungsi asas yang penting ketika memilih stroller selain fungsi tambahan seperti bakul, tempat letak botol air, umbrella, jaring nyamuk.


Saya rekemen anda untuk memilih stroller baby ini di The Baby Store Malaysia atau www.thebabystore.com.my . Banyak pilihan dengan harga yang terbaik dan anda boleh bertanya terus dan meminta cadangan dan pendapat dekat sales person mereka. Mereka akan layan anda.


Nota Penting : 


  • Pastikan stroller baby ini sesuai dengan umur dan berat baby anda.
  • Jangan lupa mengunci roda stroller baby ketika berhenti.
  • Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller. Akan menyebabkan stroller tidak stabil.


Monday, August 18, 2014

Barang Bayi Wajib Ada Ala-ala Baby Bouncer

Jika anda sudah ada senarai barang bayi yang akan dibeli untuk bayi anda yang akan dilahirkan nanti. Jangan lupa senaraikan juga Produk ini! Fisher Price Newborn to Toddler Portable Rocker . Ianya SANGAT BERBALOI untuk dibeli. Boleh digunakan dari bayi hingga 18kg. WOW !!


Ini antara produk SUPER LARIS di The Baby Store Malaysia . Anak anda pasti suka dan selesa.



Antara Fungsi-fungsi Menarik!


  • Tempat ‘istirehat’ utk baby comel anda.
  • Boleh diubah untuk pelbagai fungsi (Baring atau Duduk).
  • Lapisan span & fabric cotton yg lembut dan menyejukkan. Anak anda pasti selesa.
  • Alas span & fabric cotton ini boleh dibuka dan dicuci.
  • Mempunyai pemegang khas utk mengelakkan baby dari terjatuh.
  • Fungsi alunan muzik & getaran halus utk memberikan keselesaan buat baby kesayangan anda. Ia juga dpt merangsangkan minda baby. (Warna Biru sahaja)
  • Dilengkapi mainan bunga-bunga & rama-rama utk menceriakan si comel anda.
  • Rekabentuk yg fleksibel & boleh diubah mengikut kesesuaian umur si kecil anda.
  • Boleh menampung bebanan sehingga 18kg !
  • Cara pemasangan toddler portable rocker ini sgt lah mudah. Manual telah disediakan. Tak sampai 5 minit dah siap pasang ..
Terdapat 3 Pilihan Warna


Berminat??

Boleh klik Order Dibawah ini




Monday, August 4, 2014

Review ScratchMeNot - Produk Untuk Bayi Eczema

Bayi Eczema
Adakah anak anda mengalami masalah Eczema dan anda tercari-cari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit kembali sihat.

Saya yakin anda sebagai seorang ibu pasti tidak dapat tidur malam kerana bayi anda ada penyakit Eczema. Betul tak?

Memang tertekan sebenarnya bila kulit anak diserang eczema. Sudah puas anda mencari rawatan terbaik untuk merawat penyakit eczema supaya kulit kembali sihat tapi tak berhasil.
Eczema adalah sejenis sakit kulit. Penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang penyakit ini supaya anda faham bagaimana cara rawatannya. Kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh. Kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sekeliling.

Faktor Penyakit Eczema

Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:

  • penggunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi
Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.
Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.

Lazimnya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut.

Manakala, tanda-tanda eczema bagi bayi pula jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Ada yang mendapat eczema ini ketika dewasa dan ada yang diserang ketika masih bayi. 

Rawat Bayi Eczema dengan ScratchMeNot


Anda pernah dengar brand ScratchMeNot ? Produk ini asalnya dari USA yang kini telah berada di Malaysia. Produk yang sangat kualiti dan efektif untuk bayi yang mengalami masalah Eczema atau Ekzema. ScratchMeNot  adalah sarung tangan eczema yang direka khas untuk mengelakkan bayi eczema menggaru muka dari terus cedera serta memberi keselesaan kepada bayi anda ketika memakainya.

Merawat bayi eczema bukanlah perkara mudah sebab walau menggunakan krim eczema tapi bayi eczema dapat menggaru muka dan mencederakan semula kulit tersebut dan belum sempat sembuh terutama waktu malam ketika kita tidur, tidak sedar dan tidak dapat kawal bayi kita menggaru.

Sarung tangan dwi lapisan ini mempunyai lapisan luar lembut yang menghalang kerosakkan kulit akibat menggaru berlebihan dan menggosok. ScratchMeNot boleh dilipat buka untuk memberi tangan bayi bebas ketika tidak menggaru dan menutup kembali ketika bayi menggaru. Produk ini juga boleh digunakan bersama ubat atau krim jika perlu.

"Produk ini adalah genius dan benar-benar terbaik !! .... ini merupakan penyelamat kehidupan dan keajaiban! Si kecil saya akan menggaru dan mencederakan mukanya kerana gatal yang kronik. Dengan produk anda, mukanya telah sembuh. . dia tidak lagi boleh mencederakan dirinya, tetapi dia masih boleh menghibur dirinya apabila dia gatal-gatal Terima kasih ... terima kasih ... terima kasih ... "- Vivian


Kelebihan Sarung Tangan Eczema
  • Flexible     - Hujung sarung tangan boleh dibuka dan ditutup
  • Fun           - Mempunyai corak yang ceria untuk kanak-kanak
  • Efective     - Dapat menggelakkan bayi dari menggaru.
  • Functional  - Sangat mudah untuk ibu bapa membuka dan memakai tetapi sukar untuk bayi                           anda membukanya.




Produk yang sangat efektif dan kualiti... hentikan derita anak anda. Jika berminat boleh order di The Baby Store Malaysia