Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, May 5, 2017

Review Kedai Baby Shah Alam Terbaik di Seksyen 22





Anda tinggal di Shah Alam? Berjalan-jalan mencari kedai baby Shah Alam memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika kita baru nak menimang cahaya mata. Jika anda search di Google Baby Shop Near Me ... Pasti akan keluar The Baby Store.

Kedai Baby Shah Alam

Di Shah Alam ada banyak kedai baby tapi saya nak review di sini adalah kedai baby The Baby Store yang terletak di Seksyen 22 Shah Alam. Alamat penuhnya adalah The Baby Store, No. 15, Ground Floor, Indah Alam Condominium Shop Lot, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor.

Haaaaa... yang penting Ground Floor tu, sangat memudahkan sebab tidak perlu naik tangga dan yang amat penting senang parking. Free pulak tu... tak perlu bayar parking kepada MBSA. So... boleh shopping lama-lama. Best kan?

The Baby Store ini asalnya hanya online sahaja. Tapi sejak May 2017, mereka dah open showroom. Belum pernah buka website mereka? cuba lihat screenshot dibawah :-


Amacam? macam international website tak? ada pelbagai barangan anda boleh pilih di dalam ini jika anda tidak sempat datang ke Butik The Baby Store.... serius website ini cun.

Ok... jom kita terjah kedai mereka pula....



Bagaimana? nampak selesa tak nak shopping di sini? 

Kalau anda mencari stroller dan car seat... saya sangat rekemen anda datang ke sini. Menurut pemilik butik ini iaitu Puan Hidayati, mereka dalam proses memasukkan pelbagai jenama dan harga dari RM100 hingga lah beribu-ribu ringgit.... untuk bantu anda mencari stroller idaman dan sesuai dengan bajet anda.

Selain itu, set berpantang, makanan bayi, pakaian dan pelbagai barangan ada juga di jual disini cuma saya tidak sempat hendak zoom tadi.

Jika anda perlu bantuan dalam untuk memilih barang anak anda juga anda boleh datang ke sini. Puan Hidayati dan Team mereka akan bantu anda.

Seriuss... bak kata Nora... saya beri 4.5 bintang untuk Kedai Baby Shah Alam ini....

Selamat Bershopping di Baby Shop ini.




Friday, August 7, 2015

Hati-Hati Tentang Penculikan Digital Apabila Siar Gambar Anak Di Media Sosial



Hati-hati apabila anda gemar berkongsi gambar anak di media sosial. Seorang ibu, Danica Patterson gemar berkongsi gambar anak perempuannya berusia 4 tahun di media sosial sehingga dia mendapat tahu gambar anaknya digunakan oleh ‘si penculik’ yang tidak dikenali.
CBS Dallas Fort-Worth melaporkan seseorang menggunakan gambar anak Danica di laman Facebooknya dan mengaku itu adalah anaknya yang mirip seperti wajahnya. Anak perempuan Danica menjadi mangsa penculikan digital, di mana orang yang tidak dikenali mencuri gambar si kecil secara talian dan mengaku itu adalah anaknya.
Beberapa tahun dulu, penculikan digital jarang berlaku tetapi kini ia semakin menjadi  ‘popular’ di media sosial. Kadang kala, mereka ambil gambar secara rambang dan adakalanya mereka ambil daripada kenalan. Ia sememangnya tidak menyalahi undang-undang tetapi terdapat cara melindungi diri anda.
Jika anda ingin menyelidik tentang “baby role play”, anda hanya perlu taip carian beberapa hashtag di Instagram. Komuniti sudah mempopularkan hashtag seperti #babyrp, #adoptionrp dan #orphanrp. Terdapat lebih daripada 55,000 gambar yang ditag dengan hashtag tersebut dan kebanyakannya memaparkan gambar comel  anak orang lain.

Mari Saya Tunjukkan Bukan 10 Atau 20, Tetapi 77 Teknik Yang Efektif. 

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi.

Baca Testimoni. Sila Klik Gambar Dibawah!




Sumber: PaMa

Thursday, August 6, 2015

Hati-Hati dan Ambil Perhatian - Bayi Buta Selepas Kena Flash Kamera



Di negara China, seorang bayi yang baru berusia tiga bulan didapati buta sebelah matanya selepas rakan kepada keluarga yang datang menziarah mengambil gambar bayi tersebut dan terlupa menutup flash kamera.
Kesan daripada pancaran flash kamera itu, doktor mengesahkan bayi malang tersebut mengalami kerosakan kekal. Ini kerana terkena pancaran flash dari jarak 10 inci sahaja. Akibat daripada itu mata kanan bayi ini buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas.
Lebih malang lagi, doktor memberitahu, kerosakan ini adalah kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan. Flash kamera yang kuat cahayanya itu telah merosakkan macula iaitu bahagian dalam mata.
Untuk pengetahuan, macula tidak terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun. Ini bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.  Ibu bapanya mula menyedari ada yang tidak kena dengan penglihatan bayi mereka sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.
Menurut doktor, biarpun bayi menutup mata semasa orang merakamkan gambar mereka dengan flash kamera yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakn kekal.
Jadi, lepas ini ibu bapa perlu berhati-hati apabila hendak merakamkan gambar pertama bayi masing-masing kerana takut ia menyebabkan kemudaratan kepada bayi sendiri. Jangan lupa, maklumkan juga kepada rakan dan saudara yang datang menziarah!

Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Dan Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Sila Klik Gambar Dibawah!




Sumber: DailyMail.co.uk


Wednesday, October 1, 2014

Lagi Kes Kecuaian Di Taska - Budak Putus Jari


Menerima Berita yang sedih di salah satu Fanpage. Menurut keterangan Ibu mangsa, anak beliau mengalami kemalangan di TASKA sehingga jari kelingking anak beliau terputus. Sangat sedih tentang kes-kes kecuaian di TASKA. Admin berharap pihak berkuasa dapat mengetatkan syarat-syarat untuk membuka TASKA dan mewujudkan ruang E-ADUAN supaya ibu-bapa dapat membuat aduan ke pihak berkuasa untuk diambil tindakan keatas TASKA yang tidak bertanggungjawab ini.

Diharapkan Ibu mangsa tabah menghadapi dugaan ini..



Sayu hati bila dgr kes bayi 3 bulan meninggal dunia di taska putrajaya hari ni. Saya faham perasaan parents tu sb anak saya pun baru ni putus jari kelengking akibat kecuaian pihak taska di dzul iman seksyen 8, shah alam. Satu sen pun x dpt sedangkan kos operation hampir mencecah rm3600 dgn unpaid leave lg nk menjaga kat rmh sb harus dressing setiap hari....AKibat kecuaian mereka anak kita yg menanggung sengsara sedangkan byr bulan2 bukannya free

Tuesday, September 23, 2014

TERGEMPAR - BAYI PEREMPUAN DIGIGIT BIAWAK



Pegawai dari Klinik Kesihatan Tekek menerima panggilan.

Bayi perempuan dalam berat 9kg digigit Biawak Besar di Tioman.

Kejadian berlaku sekitar 10.30 pagi

Kejadian berlaku apabila Ibu kepada bayi ini meletakkan anaknya di dalam baby cot di atas lantai ketika sedang memasak di dapur.

Kemudian Ibu kepada bayi ini meninggalkan sebentar untuk mengambil sesuatu, tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur dan kedengaran bayi menangis dengan kuat.

Ibu kepada bayi ini berlari ke dapur dan melihat biawak yang sangat besar sedang gigit dan mencengkam bayi ini. Ibu dengan sekuat hati menarik sekuat hati untuk selamatkan anaknya.

Bayi ini dirujuk ke Hospital Mersing.

Ya Allah selamatkan Bayi ini dan cepatlah sembuh..

Nota : Gambar kesan gigitan dan cakaran kami tidak sanggup paparkan kerana terlalu sebak melihat bayi ini menahan kesakitan... kami doakan bayi ini sembuh cepat dan ibu kepada bayi ini tabah..