Wednesday, April 26, 2017

Susu Ibu Sikit? 5 Cara Mudah Banyakkan Susu Ibu Untuk Bayi Anda. No 5 Paling Penting!



Anda mengalami masalah susu ibu sikit? Saya faham, masalah ini adalah antara perkara yang sering diberi perhatian oleh ramai ibu menyusu anak dengan susu ibu ialah masalah susu semakin berkurangan.

Bila tiba-tiba jumlah susu yang dipam berkurangan kuantitinya, ibu akan jadi panik dan mula fikir yang bukan-bukan. Lepas itu kelam-kabut mencari tip untuk membanyakkan susu. Betul tak?

Sikap cepat panik tersebut sebenarnya tidak bagus kepada ibu menyusu. Anda sepatutnya terus konsisten mengamalkan tip untuk kekalkan kuantiti susu ibu cukup untuk anak anda.

1. Kerapkan menyusu anak anda.

Semakin kerap ibu menyusukan bayi semakin banyak susu akan terhasil. Ibu kena sentiasa ingat formula penting ini! Bila payudara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan semula. Jadi jangan takut untuk kerap menyusukan bayi bila anda ada bersamanya.

2. Pam secara konsisten (walau di tempat kerja)

Jangan tunggu payudara sudah bengkak dan sakit baru nak pam. Itu teori yang salah! Ibu kena ikut jadual mengepam susu yang konsisten iaitu dua jam sekali. Lagi bagus kalau sebelah payudara anda menyusukan bayi, sebelah lagi anda pam. Memang 'lumayan' hasilnya.

3. Minum air masak secukupnya

Ibu menyusu kena minum air masak secukupnya iaitu sehari antara dua hingga tiga liter. Sebaiknya minum air sebelum dan selepas menyusukan bayi atau mengepam susu. Ibu juga boleh pelbagaikan air yang diminum seperti jus oren segar, coklat, minuman bermalta, air soya dan sebagainya.

4. Makan makanan memperbanyakan susu

Jaga pemakanan bila menyusukan bayi. Jangan 'skip' waktu makan atau 'acah-acah' diet. Ia hanya akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Makanan yang diambil mestilah yang kaya dengan kandungan protein dan tinggi zat supaya susu yang terhasil juga berkualiti.

Makanan yang dikatakan mampu memperbanyakkan air susu ibu termasuklah


  • Pengaga
  • Lobak putih
  • Peria
  • Brokoli


5. Sentiasa berfikiran positif

Emosi ibu juga perlu dijaga. Ianya amat penting. Ibu yang sentiasa ceria dan positif akan menghasilkan susu yang melimpah-ruah dan berkualiti. Memang terbukti.

Bila ibu gembira hormon oksitosin akan terangsang dan automatk badan menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan susu ibu lebih banyak. Tak percaya cubalah! Sebab kalau ibu tengah stres atau sedih, mesti susu yang dipam pun kurang.

Baca : Review - Umma Lacto Milk Booster Bagus Ke?

Baca : Resepi Ayam Masak Merah

Baca Lagi : 10 Tips Menyusu Ketika Bulan Ramadhan. No 8 Amat Penting Supaya Ada Tenaga.

----------------

Anda Mencari Pembekal Botol Kosmetik di Selangor? Sila Kunjungi Botol Anggun Sdn Bhd.

Tuesday, April 18, 2017

Rawat Bayi Eczema Dengan ScratchMeNot. Ramai Tidak Tahu!

Bayi Eczema
Adakah anak anda mengalami masalah Eczema dan anda tercari-cari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit kembali sihat.

Saya yakin anda sebagai seorang ibu pasti tidak dapat tidur malam kerana bayi anda ada penyakit Eczema. Betul tak?

Memang tertekan sebenarnya bila kulit anak diserang eczema. Sudah puas anda mencari rawatan terbaik untuk merawat penyakit eczema supaya kulit kembali sihat tapi tak berhasil.
Eczema adalah sejenis sakit kulit. Penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang penyakit ini supaya anda faham bagaimana cara rawatannya. Kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh. Kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sekeliling.

Faktor Penyakit Eczema


Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Namun melalui beberapa kajian yang telah dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca terjadinya eczema ini termasuklah:

  • penggunaan sabun dan detergen yang tidak sesuai
  • terdedah pada keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran (habuk)
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • badan kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi
Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.
Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.

Lazimnya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut.

Manakala, tanda-tanda eczema bagi bayi pula jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Ada yang mendapat eczema ini ketika dewasa dan ada yang diserang ketika masih bayi. 

Rawat Bayi Eczema dengan ScratchMeNot


Anda pernah dengar brand ScratchMeNot ? Produk ini asalnya dari USA yang kini telah berada di Malaysia. Produk yang sangat kualiti dan efektif untuk bayi yang mengalami masalah Eczema atau Ekzema. ScratchMeNot  adalah sarung tangan eczema yang direka khas untuk mengelakkan bayi eczema menggaru muka dari terus cedera serta memberi keselesaan kepada bayi anda ketika memakainya.

Merawat bayi eczema bukanlah perkara mudah sebab walau menggunakan krim eczema tapi bayi eczema dapat menggaru muka dan mencederakan semula kulit tersebut dan belum sempat sembuh terutama waktu malam ketika kita tidur, tidak sedar dan tidak dapat kawal bayi kita menggaru.

Sarung tangan dwi lapisan ini mempunyai lapisan luar lembut yang menghalang kerosakkan kulit akibat menggaru berlebihan dan menggosok. ScratchMeNot boleh dilipat buka untuk memberi tangan bayi bebas ketika tidak menggaru dan menutup kembali ketika bayi menggaru. Produk ini juga boleh digunakan bersama ubat atau krim jika perlu.

"Produk ini adalah genius dan benar-benar terbaik !! .... ini merupakan penyelamat kehidupan dan keajaiban! Si kecil saya akan menggaru dan mencederakan mukanya kerana gatal yang kronik. Dengan produk anda, mukanya telah sembuh. . dia tidak lagi boleh mencederakan dirinya, tetapi dia masih boleh menghibur dirinya apabila dia gatal-gatal Terima kasih ... terima kasih ... terima kasih ... "- Vivian


Kelebihan Sarung Tangan Eczema
  • Flexible     - Hujung sarung tangan boleh dibuka dan ditutup
  • Fun           - Mempunyai corak yang ceria untuk kanak-kanak
  • Efective     - Dapat menggelakkan bayi dari menggaru.
  • Functional  - Sangat mudah untuk ibu bapa membuka dan memakai tetapi sukar untuk bayi                           anda membukanya.




Produk yang sangat efektif dan kualiti... hentikan derita anak anda. Jika berminat boleh order di The Baby Store Malaysia