Thursday, May 16, 2019

Kelas Instagram Untuk Newbies -Strategi Menjual Di Instagram



ANDA BERNIAGA DI INSTAGRAM TAPI MASIH BELUM TAHU STRATEGI MENJUAL DI INSTAGRAM?

Sudah lama berniaga di Instagram tapi hasil macam tiada? Kemungkinan anda sudah terlampau advance dan tidak tahu asas menjual di Instagram.
Dah pernah pergi kelas Instagram sebelum ni tapi semua sama je?
Jadi bagi je saya 10 minit untuk saya terangkan tentang Kelas Instagram For Noobies ni. Boleh?

KELAS: INSTAGRAM FOR NOOBIES


Untuk anda yang masih belum pernah menggunakan Instagram, saya tak suggest anda datang.

Kalau degil jugak nak datang, anda sememangnya wajib untuk study sendiri dulu tentang Instagram supaya nanti masa kelas tak terkapai-kapai.
Sebab kelas ni akan terus cerita direct tentang cara pemasaran di Instagram.
Takde nak terangkan benda-benda yang simple sangat tu seperti cara post gambar, dan sebagainya.

Digital Marketing Malaysia

SAPS | Proses Jual Rumah

Friday, January 18, 2019

Tudung Kanak-Kanak Fathiyah Dreams Jenama Terbaik



Menutup aurat adalah dituntut ke atas semua perempuan Islam yang sudah mencapai usia baligh. Hanya seluruh muka dan tapak tangan yang dibenarkan terdedah.  Untuk membantu wanita Islam menunaikan syariat agama, muncullah beraneka jenis hijab di pasaran. Ada yang jenis shawl, ada tudung empat segi bawal, ada tudung terus pakai dan macam-macam gaya lagi.

Ramai juga di kalangan ibu bapa yang menyemai tabiat berhijab di kalangan anak-anak perempuan mereka, walaupun belum mencapai usia baligh.  Maka bukan setakat hijab untuk wanita, hijab untuk kanak-kanak perempuan pun sudah banyak di pasarkan.  Tapi persoalan yang timbul ialah bagaimana memilih hijab atau tudung yang sesuai untuk anak-anak yang masih kecil? Gaya atau fesyen tudung untuk si ibu belum tentu kena dengan si anak.  Jadi, mari kita selami gaya tudung yang disarankan untuk anak-anak.


Tudung Kanak-Kanak Yang Selesa dan Mudah


Kanak-kanak cepat berasa rimas, terutamanya apabila cuaca panas atau selepas mereka berpeluh. Carilah tudung yang selesa bagi mereka dan mudah untuk dipakaikan kepada mereka atau mereka memakainya sendiri.  Tudung yang selesa haruslah ‘kena’ dari segi saiz dan jenis fabrik.  Tudung yang mudah pula boleh dipakaikan tanpa mengambil masa yang lama dan tidak memerlukan pin atau kerongsang.  Pin dan kerongsang boleh jadi berbahaya kepada kanak-kanak, lebih-lebih lagi kepada anak yang lasak.

Tudung Kanak-Kanak Yang Tidak Sarat

Ramai ibu-ibu yang suka memakai pakaian sedondon dengan si anak, terutamanya ketika hari raya atau menghadiri majlis.  Tak salah berpakaian begitu tapi kalau tudung si ibu sarat dengan sulaman, manik atau ‘bling-bling’, belum tentu tudung yang sama sesuai dengan si comel anda.   Hiasan tudung boleh menyebabkan tudung menjadi berat dan seterusnya mencetus ketidakselesaan kepada anak kecil.  Sebaik-baiknya untuk kanak-kanak, pilihlah tudung dengan hiasan paling ringkas.
Walaupun kita mahu menggalakkan anak kecil kita menutup aurat dari awal, janganlah keterlaluan.  Tudung labuh misalnya mungkin agak berlebihan untuk kanak-kanak yang belum wajib menutup aurat.  Begitu juga dengan shawl panjang yang perlu dililit berkali-kali atau gaya-gaya lain yang tak sesuai dengan usia kanak-kanak.  Yang terbaik ialah tudung instant yang boleh disarung terus.

Nak Tudung Yang Membuatkan Kanak-kanak Nampak Comel, Selesa Dan Bergaya?

Ada ke tudung yang macam ni?  Simple tetapi cantik, boleh membuatkan anak kecil nampak comel, berasa selesa dan kelihatan bergaya? Hah, mari kita intai koleksi tudung kanak-kanak Fathiyah Dreams.  Ibu-ibu pasti jatuh cinta dengan rekaan tudung kanak-kanak Fathiyah Dreams yang trendy, tapi sesuai dengan jiwa kanak-kanak.
Tudung Kanak kanak Fathiyah Dreams berkualiti tinggi dari segi fabrik yang digunakan, mutu jahitan dan perapian lain.  Awningnya adalah awning lembut, dan semua tudung kanak-kanak Fathiyah Dreams adalah dari jenis ‘instant’ iaitu boleh dipakai terus dan tak perlu menambah pin atau kerongsang. Ia dihasilkan dalam pelbagai saiz dan warna.  Fabrik yang digunakan adalah dari jenis sejuk, tidak tebal, tidak mudah keronyok dan senang digosok dan dibasuh.  Perapian seperti riben, renda, bow, bunga-bunga kecil dijahit kemas.  Bagi fabrik yang bercorak, motif pada tudung sesuai dengan kanak-kanak seperti motif kartun dan aiskrim.

Ciri-ciri Tudung Kanak-kanak Fathiyah Dreams

  1.      Saiz yang tepat dan tidak jarang
  2.      Sukar berkedut dan senang digosok
  3.      Mudah dibasuh
  4.      Tidak panas dan menyerap peluh
  5.      Mudah dipakai dan senang dibentuk

Tuesday, June 5, 2018

Baju Renang Muslimah. 10 Tips Penjagaan Yang Betul.

Baju-Renang-Muslimah

Mungkin ramai yang rasakan apabila sudah membeli baju renang terutamanya baju renang muslimah sudah memadai pakai dan simpan begitu sahaja, tapi tahukah anda ia memerlukan penjagaan rapi berbanding baju anda yang lain?

Kenapa Anda Perlu Jaga Baju Renang Dengan Rapi?


Baju renang perlulah dijaga dengan rapi kerana baju renang terdedah di dalam air yang berklorin, garam, terdedah kepada panas dan selalu sering berlaku dari basah ke kering ini yang akan menyebabkan ia menjadi cepat rosak.

Dibawah saya akan kongsikan 10 tips yang anda boleh amalkan untuk menjaga baju renang anda supaya tahan lebih lama daripada kebiasaan.

10 Tips Penjagaan Baju Renang

  1. Baju renang perlu dicuci tangan dengan sedikit sabun selepas penggunaan (untuk membuang sisa klorin).
  2.  Jangan jemur atau keringkan di bawah cahaya matahari.
  3. Jangan basuh baju renang dalam mesin basuh.
  4. Jangan masukkan di dalam alat pengering (dryer).
  5. Elakkan daripada lama terdedah di bawah cahaya matahari selepas berenang.
  6. Elakkan menggunakan baju renang untuk berendam di dalam air panas (hot tub).
  7. Jangan perah untuk dikeringkan, satu cara yang boleh digunakan ialah gulungkan di dalam tuala untuk menyerap air.
  8. Pastikan ianya kering sebelum dilipat dan disimpan di dalam laci.
  9. Biarkan sehari untuk betul2 kering sebelum menggunakannya sekali lagi, kalau perlu berenang tiap2 hari, dapatkan sepasang lagi baju renang.
  10. Berhati-hatilah dengan permukaan yang kasar, contohnya lapikkan tuala sebelum duduk di tepi kolam.

Dimana Hendak Dapatkan Baju Renang Muslimah Yang Berkualiti?



Mesti ramai yang mencari baju renang yang sesuai terutama baju renang muslimah. Ianya sukar didapati di shopping mall sebab rata-rata yang menjual jenis yang tidak sesuai dengan imej muslimah.

Di sini saya nak rekemen anda dapatkan baju renang muslimah di Moonaz Swimming Attire. Belian boleh dibeli melalui website www.moonaz.com.my atau anda boleh walk-in di outlet-outlet dibawah :-


HEAD QUARTER (HQ) MOONAZ SWIMMING ATTIRE
Lot 3733-K1, Lorong Abdullah Jalan Kebun, Batu 7, 
42450 Klang, Selangor.
Tel: 03-5161 5575, HP: 012-393 7875, Whatsapp: 011-3234 4575
(nearby Klang, Puchong, Subang, Port Klang, Pandamaran)

GIANT Sec 13, Shah Alam, Selangor
behind Guardian. Tuan Wan: 012-3050 329.

L2, Setapak Central/Gombak, centre escalator. 
Puan Muna: 012-393 7875.

L2, Angsana Mall, Johor Bharu. Upstairs of Maybank. 
Puan Ani: 018-951 4553/014-980 9744.

PC13, LG Alamanda Putrajaya, near by MPH. 
Puan Muna: 012-393 7875.

Muslimah Swimmingsuit Reseller: Bangi. 
(Landmark: Kolam Renang Danau UKM, Bangi.) 
(Contact No: Bukhari: 019-311 0262/012-2888733) 

Muslimah Swimmingsuit Reseller: Alor Setar.
Blue One Butterfly Water Gym, Kedah. 
(Landmark: Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani) 
(Contact No: Noor: 019-426 4241/) 

Muslimah Swimmingsuit Reseller: Puchong
Butik Classroom, Bandar Kinrara, Puchong. 
(Landmark: Bandar Kinrara) 
(Contact No: Puan Azean: 012-789 1060.) 

Muslimah Swimmingsuit Reseller: Batu Pahat
Butik Asyha, No 2, Jln Gemilang 1, Taman Gemilang, 
Parit Raja, Batu Pahat. 
(Landmark: Mini Market Ain Evergreen) 
(Contact No: Puan Yati: 019-759 0902. ) 

Muslimah Swimmingsuit Reseller: Jasin Melaka
Hot Spring Jasin, Melaka. 
(Landmark: Air Panas Jasin) 
(Contact No: Puan Noridah: 019-6566 170)

Muslimah swimmingsuit Reseller: Kuantan, Pahang 
DRZU Boutique, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang 
(Landmark: Kuantan) 
(Contact No.: DR Zu 012-9512022)

Muslimah swimmingsuit Reseller: Kubang Kerian, Kelantan
Ummie Tinie Collection, 
(Landmark: Kubang Kerian) 
(Contact No.: Puan Ana. 019-910 8081.)

Muslimah swimmingsuit Reseller: Kuala Terengganu
Aliff Ent, lot 27025 -1, Jln Padang Golf, K.T., Terengganu. 
(Landmark: Kuala Terengganu) 
(Contact No.: Puan Sharifah: 013-955 0374.)

Muslimah swimmingsuit Reseller: Presint 6, Putrajaya
Apple Green. Kom. Kejiranan, 
(Landmark: Kompleks kejiranan) 
(Contact No.: Puan Effa: 019-2799 001. )

Muslimah swimmingsuit Reseller: Presint 11, Putrajaya.
Ajak Sports. Kom. Kejiranan, 
(Landmark: Kompleks Kejiranan) 
(Contact No.: Tuan Ajak: 017-2000 275.)

Muslimah swimmingsuit Reseller: Penang.
18 Lorong Pauh Jaya 4/6. 
Pauh Jaya, Off Jalan Baru, Perai Pulau Pinang 
(Landmark: Seberang Perai) 
(Contact No.: Puan Zie : 012-554 3458)

Tuesday, December 12, 2017

Baju Raya Kanak-Kanak 2018. Jenama SCOOMO Anda Perlu Beri Perhatian.



Hari Raya Aidifitri 2018 dijangka pada jatuh pada 15 Jun 2018 pada hari Jumaat. Jika anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saat-saat shopping pakaian raya untuk anak anda adalah amat seronok sekali. Betul tak? lelagi kalau dapat beli pakaian kene dengan saiz dan design yang cantik. Gerenti anda tidak sabar bila menjelang 1 Syawal.

Ok... tapi nak cari pakaian Raya untuk anak anda samaada baju raya kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Kebanyakkan design biasa-biasa sahaja dan kualiti kain tidak mencapai tahap piawaian anda. Tambahan pula Si Ibu memang cerewet bab-bab design dan kualiti kain. Memang tiada kompromi... betul tak ibu-ibu di luar sana?

Disebabkan ini. Muncul idea 4 wanita yang bergelar Ibu dan berganding tenaga mengeluarkan jenama mereka sendiri yang diberi nama SCOOMO.

Mereka akan mengeluarkan baju raya kanak-kanak lelaki dan baju raya kanak-kanak perempuan. Mereka akan menawarkan kualiti kain dan presentation produk mereka sehingga anda akan rasa WOW. Saya sudah rasa prototype pakaian mereka dan idea mereka untuk meletakkan pakaian ini di dalam kotak yang special.. kiranya packaging diorg memang awesome.... saya masih tidak boleh tunjukkan di blog ini... anda kene tunggulah dalam bulan Mac atau April 2018 mereka akan launch.

Dari segi harga? Mereka kata... harga mampu milik pasti akan ditawarkan dengan kualiti yang mereka berikan memang luar biasa. Kiranya tak padan juga dengan harganya.. patutnya harga lagi tinggi.

Apa yang anda patut lakukan sekarang?

Just Like Fanpage dan IG mereka dan tunggu pengumuman mereka.

Facebook : SCOOMO
Instagram : SCOOMO



Thursday, November 23, 2017

Quinny Zapp Flex Review - Stroller Idaman No 1 Ibu-Ibu di Malaysia



Jika anda baru beli dan stroller ini masih lagi di dalam kotak. Maka sebelum anda guna Quinny Zapp Flex ini, anda perlu ada skill D.I.Y sedikit. Sebab anda perlu cantumkan beberapa bahagian seperti roda, shopping bag, kerusi bayi dan canopy pada kerangka utama. Tapi jangan risau, mudah jer... kalau tak tau juga rujuk manual... kalau masih pening sila rujuk video di bawah.






Dah tengok? Ok? Tak tau juga?... adoiii.... pergi beli jer lah di butik bayi The Baby Store. Suruh staf diorg pasang.... percuma jer...

Jika sebelum ini anda sudah biasa dengan model Quinny Zapp atau Quinny Zapp Xtra, anda akan dapat kesan perbezaan rekaan Quinny Zapp Flex berbanding dengan Quinny Zapp Xtra. Memang diorang betul-betul "Overhaul" rekaan stroller ini walaubagaimanapun konsep asal iaitu rekaan 3 roda tetap sama. Tetapi jika perhatikan betul-betul, ada beberapa sentuhan akhir yang lebih teliti dan lebih cantik berbanding sebelumnya.








Quinny Zapp Flex ini datang dengan dua warna casis iaitu warna hitam matt dan warna aluminium. Tapi jika tanya pendapat saya, saya lebih suka warna casis hitam sebab nampak lebih bergaya dan berkelas lagi. Kali ini kami menguji Quinny Zapp Flex berwarna merah yang dikenali "Red on Graphite" yang dilengkapi dengan casis hitam matt. Memang kelihatan sangat menarik.

Antara yang menarik tentang model Quinny Zapp Flex ini adalah pemegangnya. Ia mempunyai rekaan yang unik sangat selesa apabila dipegang, ini menyebabkan ramai ibu-ibu di luar sana menjadikan stroller ini sebagai stroller idaman mereka.





Model Quinny Zapp Flex ini didatangkan dengan 3 Roda dimana ramai ibu-ibu diluar sana suka dengan rekaan 3-roda. Walaubagaimanapun Quinny ada juga keluar rekaan 4 roda yang dikenali Quinny Zapp Flex Plus. Ok.. kalau part kerusi pula, saya rekemen digunakan dari umur 6 bulan keatas. Tetapi ada juga yang guna dari newborn sebab kerusinya boleh dibaringkan. Anda juga boleh gunakan infant carrier seperti Maxi-Cosi Cabriofix atau/Pebble carrycot dari Quinny. Rujuk gambar dibawah :-




Antara favorite dalam pemilihan stroller adalah samaada stroller tersebut diubah dari forward facing ke rear facing. Tidak banyak stroller yang menawarkan features ini dan bagi saya Quinny Zapp Flex ini adalah stroller yang boleh forward facing dan rear facing paling compact yang pernah saya jumpa setakat ini.



Manakala, material canopy Quinny Zapp Flex ini sangat berkualiti dimana kainnya nipis dan tahan yang membolehkan apabila dilipat tidak memberi kesan kepada saiz lipatan stroller. Maksudnya stroller ini akan compact bila dilipat. Walaupun materialnya nipis tapi masih lagi dalam kategori nilai UPF50+ dan memberi perlindungan yang bagus untuk bayi anda. Selain itu, stroller ini juga jenis yang breathable, jadi memang selesa untuk anak anda.

Kalau part pemanduan, saya rasa tak perlu sangsi lagi. Memang sangat mudah untuk ditolak dan selesa. Roda yang digunakan pun saya tengok lain dari kebiasaan, ianya kelihatan nampak di dalam kelas tersendiri dan kelihantan mewah.

Ok yang terakhir sekali, part melipat stroller ini. Jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2. Kita akan dapati Quinny Zapp Flex ini banyak upgrade. Ada 3 step untuk melipat stroller ini iaitu Pertama, lipat kerusi, Kedua lipat frame dan Ketiga dengan menggunakan kaki tolak kehadapan kunci dibelakang stroller dan lipat. Itu sahaja. Anda boleh rujuk video diatas untuk anda belajar cara lipat dan buka stroller ini.

Kesimpulan

Quinny Zapp Flex ini jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2 ada banyak perubahan dari segi material dan cara lipatan stroller ini adalah lebih baik.

Jika anda memang mementingkan ciri-ciri seperti dual-facing dan compact. Saya memang rekemen model ini. Ianya menepati ciri-ciri yang anda idamkan walaupun ianya tidak seringan dan secompact stroller seperti Tavo Amber, Aldo Compatto dan GB Pockit Plus akan tetapi ianya ada features yang ramai ibu bapa suka iaitu Dua-Facing. Saya memang rekemen juga anda memilikinya.

Tambahan pula, hanya Quinny sahaja yang menawarkan jaminan seumur hidup kepada anda. So, anda tidak perlu rungsing jika ada kerosakkan pada stroller ini.

Dimana Hendak Dapatkan Stroller ini?


Brand Quinny ini memang sukar anda untuk lihat dijual di butik-butik bayi di Malaysia. Hanya butik-butik bayi yang terpilih sahaja mereka benarkan menjual sebab mereka sangat menjaga ke'esklusif'an jenama ini dan untuk mengelakkan cetak rompak seperti yang terjadi pada model sebelum ini.

Saya rekemen anda dapatkan di Butik The Baby Store di Seksyen 22 Shah Alam. The Baby Store adalah Dealer Sah brand Quinny. So anda tidak perlu risau. Jika anda duduk jauh dan tiada kesempatan untuk singgah. Anda boleh jer beli secara online di website mereka. Mereka menawarkan Free Shipping. So... ianya sama juga anda beli secara walk-in. Yang penting. Anda beli tanpa was-was sebab butik ini memang wujud. Jika anda beli di Facebook Group takut kene scam pula. So hati-hati.


atau Anda boleh terus ke butik The Baby Store di alamat.

The Baby Store
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor.


Hubungi : 019-4006996 (Puan Yati)

Landmark : Berhadapan Kilang Gula CSR Batu 3 Shah Alam



Baca : Baby Eats By Juslixa (BeBJ Shah Alam)

Baca Lagi : GB Pockit Plus Review. Baca Dahulu Sebelum Buat Keputusan

Saturday, June 10, 2017

Tugeda iDeal for Newborn Review

Pengenalan TUGEDA CARRIER



Jenama Tugeda di Malaysia memang tidak asing lagi kerana rekaan-rekaan Tugeda yang menarik berbanding jenama SSC Baby Carrier yang lain.

Tugeda adalah sebuah jenama tempatan yang setanding malah bagi saya lebih hebat berbanding jenama Antarabangsa yang lain seperti Boba, Bobita, Ergobaby, Infantino, Lillebaby, Tula, BabyBjorn dan banyak lagi. Jadi anda tidak perlu ragu dengan keupayaan jenama tempatan dan saya sangat rekemen anda membeli Tugeda kerana jika anda ada masalah senang untuk anda berhubung terus dengan pengeluar. Tambahan pula ianya adalah LIFETIME WARRANTY!

Tugeda ini diasaskan oleh sepasang suami isteri Tuan Khairul dan Puan Erin dan kilang mereka berlokasi di Kuala Lumpur.






















Produk TUGEDA CARRIER

Tugeda ada mengeluarkan beberapa model SSC Baby carrier iaitu Tugeda Air, Tugeda Smart Street, Tugeda Chance dan yang terbaru Tugeda iDeal.

TUGEDA iDEAL


Pada artikel kali ini kami ingin review salah satu produk terbaru dari Tugeda Carrier iaitu Tugeda iDeal.

Tugeda iDeal adalah sebuah pengendong bayi jenis Soft Structured Carrier yang ergonomik. Ia membantu ibu bapa untuk mendukung bayi dengan lebih baik tanpa perlu menggunakan tangan anda supaya anda dapat melakukan rutin harian anda seperti biasa dan yang bagusnya adalah bayi anda sentiasa disisi anda.

Model Tugeda iDeal ini sangat menepati kriteria yang disarankan oleh pakar dan telah diperakui oleh Pengajar Gendongan Bayi Bertauliah dan selamat digunakan.

Tidak seperti SSC Baby Carrier yang lain, model Tugeda iDeal mempunyai keunikkan dan keistimewaan yang tersendiri dimana ianya satu-satunya SSC Baby Carrier di Malaysia malah di Dunia yang boleh dilaraskan mengikut bentuk tubuh bayi secara optimum tanpa perlu aksesori tambahan lain jika hendak dibandingkan jenama-jenama SSC Baby Carrier yang lain.

Material yang digunakan untuk penghasilan SSC baby carrier ini adalah yang berkualiti dan sesuai untuk bayi dan si pemakainya.

Tugeda iDeal ini sesuai digunakan dari newborn sehingga anak anda berusia 2 tahun. Tambahan pula produk keluaran Tugeda menawarkan Jaminan Seumur Hidup (Lifetime Warranty) berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.


Ciri-Ciri Tugeda iDeal




  1. Tugeda iDeal mempunyai ciri-ciri yang unik kerana model ini boleh dilaraskan mengikut bentuk tubuh badan bayi berbanding dengan SSC lain yang mana bayi pula perlu menyesuaikan diri mengikut struktur SSC.
  2. Boleh digunakan dari newborn hingga 24 bulan (dari berat 3.5kg hingga 18kg)
  3. Material yang digunakan sangat sesuai pada bayi kerana kainnya lembut dan tidak panas.
  4. Paras ketinggian body panel boleh dilaraskan (Rujuk Gambar No. 2 & 3 diatas) dengan dua cara sama ada hanya menggunakan tali yang terdapat pada Tugeda iDeal ini atau melipat dibahagian atas body panel agar dapat mengikut ketinggian/panjang tubuh badan bayi tanpa perlu aksesori tambahan lain seperti "infant insert, bantal kecil atau gulungan tuala agar bayi tidak tenggelam semasa berada di dalam SSC ini.
  5. Kelebaran body panel juga boleh dilaraskan (Rujuk Gambar No 1 diatas) dengan hanya menggunakan tali yang disediakan pada body panel tersebut tanpa perlu menggunakan aksesori tambahan lain seperti "Clincher Band", getah, riben dan lain-lain.
  6. Mempunyai sistem "Perfect Fit Adjuster" atau singkatannya adalah PFA di bahagian strap bahu agar ianya sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai tubuh yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar.
  7. Rekaan strap bahu yang melengkung agar pemakaian yang lebih ergonomik dan memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakai.
  8. Jaminan seumur hidup diberikan oleh Tugeda untuk kecacatan/kerosakkan pengeluaran. Walaubagaimanapun sekiranya kerosakkan akibat kecuaian pengguna sendiri, kami tetap menyediakan kemudahan baik pulih pada kos minima.
  9. Banyak pilihan warna dan corak untuk dipilih
  10. Ringan dan mudah dibawa. Berat 0.6kg
  11. Mudah untuk disimpan jika tidak digunakan.



Spesifikasi

  • Usia Saranan Pemakaian: Lahir – 24 Bulan
  • Berat Saranan Pemakaian : Dari 3.5kg – 18kg
  • Kelebaran Bahagian Bahu/Tengkuk (Boleh Laras) : 5.5 inci – 9 Inci
  • Ketinggian/Panjang Body Panel (Boleh laras dwi cara: cerut atau lipat) : 10 inci – 15 Inci
  • Kelebaran Body Panel (Boleh Laras) : 9 inci – 16 inci
klik gambar untuk paparan lebih jelas

Kelebihan Tugeda iDeal

  • Mudahkan anda untuk kemana-mana atau lakukan apa kerja walaupun mempunyai anak kecil atau mudahkan mengurus anak yang ramai.
  • Dapat membantu anda menguruskan bayi kecil yang sentiasa mahu di dakap/ di dukung, selain dapat membantu anda menguruskan urusan rumahtangga dan keluarga dengan lebih mudah
  • Mempunyai lebih masa serta kehidupan dan diri yang lebih terurus
  • Kebebasan bergerak serta dapat lakukan pelbagai kerja dalam suatu masa walaupun bayi sentiasa berada dekat dengan anda
  • Memastikan bayi anda selamat dan sentiasa dalam perhatian anda sepanjang masa.
  • Anda dapat lakukan aktiviti/ hobi yang anda sukai/ gemari walaupun anda mempunyai bayi kecil.
  • Sesuatu yang dapat membantu memudahkan anda untuk menyusukan bayi di mana-mana atau khalayak / Nursing in public tanpa orang sedari anda sedang menyusukan bayi.
  • Mudahkan kehendak & tuntutan perhatian yang di minta oleh bayi ditunaikan serta lebih mudah di kesan dan segera dipenuhi yang mana perkara ini dapat mengembirakan bayi anda serta perkembangan emosinya menjadi lebih baik.
  • Menjimatkan wang  kerana ianya boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama sejak dari bayi anda di lahirkan hingga 2 tahun.
  • Wujudkan masa bersama bayi dan keluarga dengan lebih berkualiti dan effisyen tanpa mengganggu rutin harian anda.
  • Bebas menggunakan kedua-dua belah tangan anda untuk lakukan kerja lain dalam masa yang sama bayi anda berada dalam dakapan anda
  • Selamat digunakan untuk anda dan bayi samada dari segi produknya atau kepada tubuh anda dan bayi.
  • Menyelesaikan masalah bayi anda yang tidak suka menaiki stroller/ kereta sorong bayi.
  • Membuatkan anda Lebih Bahagia dan tenang kerana segalanya yang harus anda lakukan dapat di permudahkan dan di lakukan dengan baik dan cekap.

Cara Memakai Tugeda iDeal


Video Cara Melaras Struktur Tugeda iDeal


Video Cara Pemakaian Front Carry

Warna Pilihan Tugeda iDeal



Di Mana Anda Hendak Beli?


Saya rekemen anda beli di website The Baby Store. Butik Online Ibu dan Anak yang boleh dipercayai dan Authorized Reseller Tugeda. Yang penting anda dapatkan Original dengan tawaran harga promosi. Harga asal adalah RM280. Jika hendak harga promosi sila ke website The Baby Store



atau anda ingin merasai sendiri atau belajar memakai Tugeda iDeal ini. Anda boleh terus ke butik The Baby Store di alamat.

The Baby Store
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor.

Hubungi : 019-4006996 (Puan Yati)

Landmark : Berhadapan Kilang Gula CSR Batu 3 Shah Alam



Baca : Baby Eats By Juslixa (BeBJ Shah Alam)

Baca Lagi : GB Pockit Plus Review. Baca Dahulu Sebelum Buat Keputusan

Saturday, June 3, 2017

Baby eats by justlixa (BeBJ Shah Alam)



BeBJ menawarkan makanan bayi (home-cooked) untuk bayi dan anak anda dimana ia disediakan dari bahan mentah yang halal.

Makanan bayi BeBJ tidak memasukkan garam, gula dan perisa tambahan ke dalam makanan. Ianya semua disediakan 100% organik.

Anda cuma perlu panaskan dan sediakan sahaja. Makanan bayi semudah ABC untuk disediakan. Bukan saja jimat masa ibu, yang penting berkhasiat dan banyak pilihan. Baby pasti tidak jemu

Pilihan menu daripada 6 bulan sehingga 5 tahun. Dimasak penuh kasih sayang menggunakan bahan-bahan fresh tanpa sebarang garam, gula, perasa tiruan dan pastinya tanpa pengawet. Cuma panaskan terus boleh dimakan. Simple bukan?

Menu Makanan

Stage 1 - Early Eaters (First Solid Foods) 6 months+



  • Sweet Potato
  • Pumpkin
  • Peas
  • Butternut & Pumpkin
  • Carrot
  • Apple
  • Pear
  • Banana
  • Mango
  • Papaya


RM59.00 - 10 pcs
RM 6 each
Quantity Per Unit - 4oz

Stage 2 - Little Explorer (Tastes & Textures) 7-9 months



  • Apple & Apricot
  • Peas & Dates
  • Vegetable Medley
  • Butternut Chicken
  • Sweet Chicken
  • Sweet Spinach
  • Sweetcorn Delights
  • Chicken and Veggies Casserole


RM69.00 - 10 pcs
RM 7 each
Quantity Per Unit - 4oz

Stage 3 - Little Foodie (Porridge & Textures) 8 months



  • Bananacado
  • Baby's Shepard's Pie
  • Honeydew Couscous
  • Blueberries Oatmeal
  • Pitaya Tropical Breakfast
  • Rice So Berry
  • Plums & Barley Porridge
  • Rice So Peachy


RM79.00 - 10 pcs
RM 8 each
Quantity Per Unit - 4oz

Stage 4 - Big Eaters (Mini Meals) 10 months up to 5yo



  • Mac & Cheese
  • 3 Cheese Pasta
  • Chicken Stew
  • Creamy Spinach Pasta
  • Bolognese Pasta
  • Brown Rice Dinner
  • Butternut Soup Pasta


RM69.00 - 6 pcs
RM 11.50 each
Quantity Per Unit - 8oz

Chicken Stocks RM5 each (4oz)
Beef Stocks RM15 for set of 4 (2oz)

Di mana hendak dapatkan BeBJ di Shah Alam?

Anda boleh dapatkan BeBJ ini di Baby Shop Shah Alam

The Baby Store
No. 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jln Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

(Landmark : Berdekatan dengan 99 Speedmart dan berhadapan dengan Kilang Gula CSR Batu 3)

atau Waze sahaja The Baby Store.

Boleh hubungi Puan Yati : 019-4006996


Malaysia SEO

Wednesday, May 31, 2017

GB Pockit Plus Review. Sila Baca Dahulu Sebelum Buat Keputusan.


Pada tahun ini. GB (Good Baby) telah keluar model Pockit terbaru yang dinamakan Pockit Plus. Memang tidak asing lagi model Pockit ini mendapat tempat di dunia kerana saiz nya yang paling kecil di dunia berdasarkan Guiness World Records. Stroller ini apabila dilipat ianya sangat kompak sehinggakan anda boleh masukkan baby stroller ini ke dalam bag travel anda juga.

Ukuran lipatan stroller ini untuk model 2017 ada sedikit peningkatan dan kini saiznya adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat juga telah meningkat sebanyak 1.8lbs dan kini beratnya menjadi 10.8 lbs berbanding model lama 9lbs. Masih lagi kategori model yang sangat ringan dan kompak! Anda tidak akan hadapi masalah dengan mana-mana syarikat penerbangan kerana ia adalah jauh dari saiz maksimum yang dihadkan oleh Syarikat Penerbangan di dalam dunia ini.

Model terbaru Pockit Plus ini boleh dipasangkan dengan Baby Carseat jenama Cybex (tapi perlu beli adaptornya dan dijual berasingan). Mereka juga telah menaiktaraf tempat duduk Pockit ini dari tidak boleh berbaring kepada boleh berbaring. Tapi anda masih tidak sesuai untuk Newborn kerana kerusinya tidak boleh berbaring habis. Seeloknya digunakan dari bayi 6 bulan keatas.

Sama seperti model asal, Pockit Plus mempunyai bakul simpanan yang agak baik, ada adjustable 5-point harness, tempat duduk yang selesa dan one-step brake. Saiz rodanya hanya 4.5" dan sesuai ditolak pada permukaan yang rata sahaja. Jika anda ingin bawa bersiar-siar ke taman atau di kaki lima sekitar bandar. Anda mungkin berasa agak sedikit sukar kerana stroller ini tiada suspension pada rodanya.

Model ini memang amat sesuai untuk ibu bapa yang suka melancong dan menjalankan urusan luar negara kerana akan banyak digunakan ketika menaiki kapal terbang, pusat membeli-belah atau di tempat peranginan. Saya rasa Aldo Compatto dan Tavo Amber mempunyai persaingan yang lebih serius sekarang.

Saiz kanopi stroller ini amat kecil dan bagi saya perlu diperbaiki sebab ianya kelihatan hanya cukup syarat sahaja. Tetapi saiz bakulnya masih memadai dan jika boleh perlu ditingkatkan.

Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia saya rasa hanya ada dua warna sahaja. Iaitu hitam dan capri blue. Saya akan check semula dengan pembekal sah di Malaysia semula. Harga jualan bagi sebiji stroller ini adalah RM1199. Saya rasa memang sesuai dengan harga ini jika dilihat teknologinya.

Ciri-ciri


Kanopi - Bagi saya kanopi stroller ini sangat kecil. Ianya dibuat sekadar cukup syarat sahaja. Mungkin mereka reka sebegini disebabkan mereka ingin kekal ringan dan kekal kompak. Walaubagaimanapun saya cadang supaya pihak GB akan naiktaraf untuk kanopi ini sebab cuaca di Malaysia ini panas.



Bar Pemegang- Bagi saya bar pemegang Pockit ini memang menarik berbanding stroller lain. Diliputi dengan soft foam memberi keselesaan ketika anda memegangnya. Tetapi apa yang kurang baik adalah ianya tidak boleh laras. Ketinggian 39" dari tanah ianya merupakan ketinggian purata untuk bar pemegang bukan laras.


Kerusi - Ruang kerusi yang sangat lapang dan anda boleh muatkan kanak-kanak yang saiz besar diatasnya. Kerusi ini mempunyai kelebaran 11.5" dengan 21" panjang dan 25" tinggi. Kerusi ini boleh dilaraskan untuk dibaringkan, tetapi tidak sesuai bayi 6 bulan kebawah kerana sudutnya tidak mencukupi.



Tali keselamatan - Terdapat 5 point harness yang boleh dilaras untuk model ini. 



Bakul - Ya, bakul simpanan pun salah satu kriteria penting jika anda ingin membeli stroller. Bagi Pockit, jika dibandingkan dengan stroller yang bersaiz besar yang lain, ianya kelihatan kecil tapi jika kita ambil kira saiz kompaknya, ianya tidaklah teruk. Bakul ini juga boleh menampung berat sehingga 11 lbs yang lebih berat dari berat stroller ini. Hebat kan?



Brek Kaki - Terdapat brek kaki yang disediakan di roda belakang. Hanya tekan satu sahaja untuk kunci kedua-dua roda.

Roda Kecil - Roda yang bersaiz 4.5" dengan roda dihadapan boleh dikunci lurus. Roda ini direka hanya untuk permukaan rata sahaja dan tidak sesuai untuk permukaan lain.



Stroller bayi yang paling kompak di dunia sehinggakan anda boleh masukkan ke dalam bag luggage anda juga. Yang terbaiknya ianya tiada masalah untuk dibawa naik kapal terbang. Apa syarikat kapal terbang pun tiada masalah.


Sama seperti model Pockit, model Plus adalah jauh dibawah saiz maksimum untuk dibawa naik kapal terbang. Saiz lipatan adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat hanya 10.8 lbs, ia sangat mudah untuk digalas atas bahu apabila tidak diperlukan. 

Travel System - Part ini memang menarik. Kebanyakkan model kompak tidak boleh attach bersama car seat. Tapi Pockit Plus boleh attach bersama Cybex car seat akan tetapi perlu beli aksesori tambahan iaitu adaptor.



Kekurangan Pockit Plus

  • Saiz Kanopi yang kecil. Kalau boleh saya ingin kanopi saiz besar yang boleh tanggal dengan sunvisor. 
  • Tiada aksesori tambahan. Tidak seperti Aldo Compatto yang banyak disertakan aksesori. Pockit Plus tiada cup holders, bumper bar atau child trays.
  • Roda yang kecil. Direka khas untuk permukaan yang rata. 

GB Pockit Spesifikasi

  • Stroller weight: 10.8 lbs
  • Weight limit: 55 lbs
  • Folded dimensions: 12.6″ x 7.9″ x 15″
  • Handle bar height: 39″
  • Seat to canopy height: 25″
  • Wheels: 4.5″

GB Pockit Warranty

Jaminan selama 2 tahun diberikan oleh GB daripada tarikh belian kepada pemilik asal Pockit Plus ini.


Warna Yang Terdapat Di Dalam Malaysia

Di dalam Malaysia kini hanya terdapat 4 jenis warna sahaja iaitu Capri Blue, Posh Pink, Monument Black dan Sea Port Blue

Di Mana Hendak Beli?


Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia hanya ada empat warna sahaja dan akan dijual pada harga RM 1199. Ia boleh didapati website The Baby Store dengan harga RM1099  (percuma bag travel bernilai RM99).


Saya rekemen anda beli di The Baby Store kerana servisnya terbaik dan yang penting mereka jual Pockit yang ORIGINAL. Hati-hati pada tiruan ya....

Atau anda boleh terus ke butik mereka di seksyen 22 Shah Alam. Di bawah adalah alamat penuh :-

The Baby Store,
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jln Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Hubungi : 0194006996 (Yati)




Saturday, May 6, 2017

Top 5 Baby Stroller Terbaik 2017 Pilihan BabyMalaysia.com


Mungkin ramai ibu-ibu di luar sana pening untuk memilih stroller idaman mengikut keperluan dan bajet anda. Betul tak?

Di sini kami akan senaraikan 5 stroller paling top yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia pada tahun 2017. Semoga anda dapat buat pilihan anda sendiri.

1. Aldo Compatto 2017 Baby Stroller



Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Free gift yang terdapat dengan pembelian Aldo Compatto ini adalah Raincover, Cup holder, Bumper bar, Stroller bag, Shoulder Strap, Stroller Restrap and Newborn leg cover.

Model Aldo Compatto 2017 kini terdapat dua warna iaitu Merah dan Hitam. 

Jika anda ingin travel. Aldo Compatto adalah jawapannya.

Pendapat penulis : Aldo Compatto adalah model yang sangat berbaloi dimiliki jika diambil kira dari segi harga, rekaan, ketahanan, dan saiz yang kompak.

Harga Jualan : RM 739.90
Harga Promosi : Sila Klik Sini



2. Tavo Amber Compact Stroller


Satu lagi compact stroller yang perlu diberi perhatian. Jenama Tavo adalah jenama dari Korea. Tavo Amber ini bagi saya hampir sama hebat dengan Aldo Compatto cuma kalah dari segi aksesori sahaja. Design yang amat menarik dan bumper bar yang lain daripada yang lain berbanding kebanyakkan model stroller yang lain.

Dari segi lipatan bagi saya ianya sedikit mudah berbanding Aldo Compatto kerana ianya semua berpusat di satu tempat iaitu hanya menekan butang di pemegang sahaja untuk melipatnya. Seriuss... style juga. Berat stroller ini adalah 5.9kg dan sesuai digunakan dari newborn hingga 15kg atau anggaran anak anda berumur 3 tahun.

Ianya juga sesuai dibawa travel. Harganya adalah lebih kurang dengan Aldo Compatto.

Pendapat Penulis : Jika anda tidak suka design Aldo Compatto. Anda boleh pilih model ini. 

Harga Jualan : RM 739.00
Harga Promosi : Sila Klik Sini



3. GB Pockit Plus Compact Stroller

Stroller paling kompak di dunia adalah GB Pockit. Tapi model GB Plus ada sedikit besar saiz dan beratnya tetapi masih lagi kompak. Model Plus ini dinaiktaraf supaya kerusinya boleh berbaring berbanding model lama. Kanopinya sedikit lebar berbanding model lama.

Jika anda ingin lebih detail sila klik review ini : GB Pockit Plus 

Harga jualan : RM1199.

Tapi jika anda ingin membeli. Saya rekemen anda beli dengan The Baby Store. Mereka ada beri diskaun RM1099 free travel bag yang berharga RM99.

Boleh klik link ini : BUY GB Pockit Plus


4. Easywalker Mini Buggy Stroller


Easywalker Mini Buggy ini kini mendapat tempat di Malaysia selepas artis Malaysia Che Ta pakai stroller ini model Union Jack. Design yang menarik dan dalam kelas yang tersendiri.

Harga Asal : RM1599

Harga Promosi : Klik Sini



5. Quinny Zapp Flex Baby Stroller


Jenama Quinny memang tidak asing lagi dikalangan ibu-ibu di Malaysia. Boleh dikatakan Jenama No 1 di Malaysia. Menjadi impian ibu-ibu untuk memiliki stroller ini. Sebab apa? Sebab design 3 roda dan materialnya. Jenama Quinny pun adalah satu sebab juga. Ianya bagai anda membawa BMW atau Mercedes. Cuma harganya yang akan buatkan para bapa termenung.

Berbeza model sebelum ini. Quinny Zapp Xtra banyak dijual dengan harga diantara RM1200-RM1800. Tapi model replacement Quinny Zapp Flex ini berbeza. Harga rata-rata untuk stroller sahaja RM2199. Anda boleh rujuk semua butik-butik bayi. Semua harganya sama. Jika ada harga kurang dari itu. Mungkin produk fake.... boleh pergi GM Klang.. ada sahaja Quinny fake disana.

Antara sebab stroller ini mahal selain kualitinya. Quinny menawarkan Lifetime Warranty... seriusss... mana nak dapat. So memang berbaloi juga. Anda juga akan dapat sekali servis percuma dan basuh juga.

Jika anda ada budget dan berminat dengan Stroller ini. Saya amat sarankan anda beli dengan Authorize Dealer Quinny. Salah satu Authorize Dealer Quinny yang anda boleh pergi ada di Butik The Baby Store. Lokasi di Seksyen 22 Shah Alam. (Berhadapan Kilang Gula CSR) atau anda boleh terus beli online. Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia

Klik Sini -- > Quinny Zapp Flex


TAMBAHAN

Kini model Aldo terbaru yang hampir menyerupai GB Pockit iaitu Aldo Klavier telah keluar. Harga mampu milik yang pasti membuatkan anda ingin memilikinya.

Boleh klik link ini : Aldo Klavier