Wednesday, May 31, 2017

GB Pockit Plus Review. Sila Baca Dahulu Sebelum Buat Keputusan.


Pada tahun ini. GB (Good Baby) telah keluar model Pockit terbaru yang dinamakan Pockit Plus. Memang tidak asing lagi model Pockit ini mendapat tempat di dunia kerana saiz nya yang paling kecil di dunia berdasarkan Guiness World Records. Stroller ini apabila dilipat ianya sangat kompak sehinggakan anda boleh masukkan baby stroller ini ke dalam bag travel anda juga.

Ukuran lipatan stroller ini untuk model 2017 ada sedikit peningkatan dan kini saiznya adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat juga telah meningkat sebanyak 1.8lbs dan kini beratnya menjadi 10.8 lbs berbanding model lama 9lbs. Masih lagi kategori model yang sangat ringan dan kompak! Anda tidak akan hadapi masalah dengan mana-mana syarikat penerbangan kerana ia adalah jauh dari saiz maksimum yang dihadkan oleh Syarikat Penerbangan di dalam dunia ini.

Model terbaru Pockit Plus ini boleh dipasangkan dengan Baby Carseat jenama Cybex (tapi perlu beli adaptornya dan dijual berasingan). Mereka juga telah menaiktaraf tempat duduk Pockit ini dari tidak boleh berbaring kepada boleh berbaring. Tapi anda masih tidak sesuai untuk Newborn kerana kerusinya tidak boleh berbaring habis. Seeloknya digunakan dari bayi 6 bulan keatas.

Sama seperti model asal, Pockit Plus mempunyai bakul simpanan yang agak baik, ada adjustable 5-point harness, tempat duduk yang selesa dan one-step brake. Saiz rodanya hanya 4.5" dan sesuai ditolak pada permukaan yang rata sahaja. Jika anda ingin bawa bersiar-siar ke taman atau di kaki lima sekitar bandar. Anda mungkin berasa agak sedikit sukar kerana stroller ini tiada suspension pada rodanya.

Model ini memang amat sesuai untuk ibu bapa yang suka melancong dan menjalankan urusan luar negara kerana akan banyak digunakan ketika menaiki kapal terbang, pusat membeli-belah atau di tempat peranginan. Saya rasa Aldo Compatto dan Tavo Amber mempunyai persaingan yang lebih serius sekarang.

Saiz kanopi stroller ini amat kecil dan bagi saya perlu diperbaiki sebab ianya kelihatan hanya cukup syarat sahaja. Tetapi saiz bakulnya masih memadai dan jika boleh perlu ditingkatkan.

Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia saya rasa hanya ada dua warna sahaja. Iaitu hitam dan capri blue. Saya akan check semula dengan pembekal sah di Malaysia semula. Harga jualan bagi sebiji stroller ini adalah RM1199. Saya rasa memang sesuai dengan harga ini jika dilihat teknologinya.

Ciri-ciri


Kanopi - Bagi saya kanopi stroller ini sangat kecil. Ianya dibuat sekadar cukup syarat sahaja. Mungkin mereka reka sebegini disebabkan mereka ingin kekal ringan dan kekal kompak. Walaubagaimanapun saya cadang supaya pihak GB akan naiktaraf untuk kanopi ini sebab cuaca di Malaysia ini panas.



Bar Pemegang- Bagi saya bar pemegang Pockit ini memang menarik berbanding stroller lain. Diliputi dengan soft foam memberi keselesaan ketika anda memegangnya. Tetapi apa yang kurang baik adalah ianya tidak boleh laras. Ketinggian 39" dari tanah ianya merupakan ketinggian purata untuk bar pemegang bukan laras.


Kerusi - Ruang kerusi yang sangat lapang dan anda boleh muatkan kanak-kanak yang saiz besar diatasnya. Kerusi ini mempunyai kelebaran 11.5" dengan 21" panjang dan 25" tinggi. Kerusi ini boleh dilaraskan untuk dibaringkan, tetapi tidak sesuai bayi 6 bulan kebawah kerana sudutnya tidak mencukupi.



Tali keselamatan - Terdapat 5 point harness yang boleh dilaras untuk model ini. 



Bakul - Ya, bakul simpanan pun salah satu kriteria penting jika anda ingin membeli stroller. Bagi Pockit, jika dibandingkan dengan stroller yang bersaiz besar yang lain, ianya kelihatan kecil tapi jika kita ambil kira saiz kompaknya, ianya tidaklah teruk. Bakul ini juga boleh menampung berat sehingga 11 lbs yang lebih berat dari berat stroller ini. Hebat kan?



Brek Kaki - Terdapat brek kaki yang disediakan di roda belakang. Hanya tekan satu sahaja untuk kunci kedua-dua roda.

Roda Kecil - Roda yang bersaiz 4.5" dengan roda dihadapan boleh dikunci lurus. Roda ini direka hanya untuk permukaan rata sahaja dan tidak sesuai untuk permukaan lain.



Stroller bayi yang paling kompak di dunia sehinggakan anda boleh masukkan ke dalam bag luggage anda juga. Yang terbaiknya ianya tiada masalah untuk dibawa naik kapal terbang. Apa syarikat kapal terbang pun tiada masalah.


Sama seperti model Pockit, model Plus adalah jauh dibawah saiz maksimum untuk dibawa naik kapal terbang. Saiz lipatan adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat hanya 10.8 lbs, ia sangat mudah untuk digalas atas bahu apabila tidak diperlukan. 

Travel System - Part ini memang menarik. Kebanyakkan model kompak tidak boleh attach bersama car seat. Tapi Pockit Plus boleh attach bersama Cybex car seat akan tetapi perlu beli aksesori tambahan iaitu adaptor.



Kekurangan Pockit Plus

  • Saiz Kanopi yang kecil. Kalau boleh saya ingin kanopi saiz besar yang boleh tanggal dengan sunvisor. 
  • Tiada aksesori tambahan. Tidak seperti Aldo Compatto yang banyak disertakan aksesori. Pockit Plus tiada cup holders, bumper bar atau child trays.
  • Roda yang kecil. Direka khas untuk permukaan yang rata. 

GB Pockit Spesifikasi

  • Stroller weight: 10.8 lbs
  • Weight limit: 55 lbs
  • Folded dimensions: 12.6″ x 7.9″ x 15″
  • Handle bar height: 39″
  • Seat to canopy height: 25″
  • Wheels: 4.5″

GB Pockit Warranty

Jaminan selama 2 tahun diberikan oleh GB daripada tarikh belian kepada pemilik asal Pockit Plus ini.


Warna Yang Terdapat Di Dalam Malaysia

Di dalam Malaysia kini hanya terdapat 4 jenis warna sahaja iaitu Capri Blue, Posh Pink, Monument Black dan Sea Port Blue

Di Mana Hendak Beli?


Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia hanya ada empat warna sahaja dan akan dijual pada harga RM 1199. Ia boleh didapati website The Baby Store dengan harga RM1099  (percuma bag travel bernilai RM99).


Saya rekemen anda beli di The Baby Store kerana servisnya terbaik dan yang penting mereka jual Pockit yang ORIGINAL. Hati-hati pada tiruan ya....

Atau anda boleh terus ke butik mereka di seksyen 22 Shah Alam. Di bawah adalah alamat penuh :-

The Baby Store,
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jln Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Hubungi : 0194006996 (Yati)




No comments:

Post a Comment