Saturday, May 6, 2017

Top 5 Baby Stroller Terbaik 2017 Pilihan BabyMalaysia.com


Mungkin ramai ibu-ibu di luar sana pening untuk memilih stroller idaman mengikut keperluan dan bajet anda. Betul tak?

Di sini kami akan senaraikan 5 stroller paling top yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia pada tahun 2017. Semoga anda dapat buat pilihan anda sendiri.

1. Aldo Compatto 2017 Baby Stroller



Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Free gift yang terdapat dengan pembelian Aldo Compatto ini adalah Raincover, Cup holder, Bumper bar, Stroller bag, Shoulder Strap, Stroller Restrap and Newborn leg cover.

Model Aldo Compatto 2017 kini terdapat dua warna iaitu Merah dan Hitam. 

Jika anda ingin travel. Aldo Compatto adalah jawapannya.

Pendapat penulis : Aldo Compatto adalah model yang sangat berbaloi dimiliki jika diambil kira dari segi harga, rekaan, ketahanan, dan saiz yang kompak.

Harga Jualan : RM 739.90
Harga Promosi : Sila Klik Sini



2. Tavo Amber Compact Stroller


Satu lagi compact stroller yang perlu diberi perhatian. Jenama Tavo adalah jenama dari Korea. Tavo Amber ini bagi saya hampir sama hebat dengan Aldo Compatto cuma kalah dari segi aksesori sahaja. Design yang amat menarik dan bumper bar yang lain daripada yang lain berbanding kebanyakkan model stroller yang lain.

Dari segi lipatan bagi saya ianya sedikit mudah berbanding Aldo Compatto kerana ianya semua berpusat di satu tempat iaitu hanya menekan butang di pemegang sahaja untuk melipatnya. Seriuss... style juga. Berat stroller ini adalah 5.9kg dan sesuai digunakan dari newborn hingga 15kg atau anggaran anak anda berumur 3 tahun.

Ianya juga sesuai dibawa travel. Harganya adalah lebih kurang dengan Aldo Compatto.

Pendapat Penulis : Jika anda tidak suka design Aldo Compatto. Anda boleh pilih model ini. 

Harga Jualan : RM 739.00
Harga Promosi : Sila Klik Sini



3. GB Pockit Plus Compact Stroller

Stroller paling kompak di dunia adalah GB Pockit. Tapi model GB Plus ada sedikit besar saiz dan beratnya tetapi masih lagi kompak. Model Plus ini dinaiktaraf supaya kerusinya boleh berbaring berbanding model lama. Kanopinya sedikit lebar berbanding model lama.

Jika anda ingin lebih detail sila klik review ini : GB Pockit Plus 

Harga jualan : RM1199.

Tapi jika anda ingin membeli. Saya rekemen anda beli dengan The Baby Store. Mereka ada beri diskaun RM1099 free travel bag yang berharga RM99.

Boleh klik link ini : BUY GB Pockit Plus


4. Easywalker Mini Buggy Stroller


Easywalker Mini Buggy ini kini mendapat tempat di Malaysia selepas artis Malaysia Che Ta pakai stroller ini model Union Jack. Design yang menarik dan dalam kelas yang tersendiri.

Harga Asal : RM1599

Harga Promosi : Klik Sini



5. Quinny Zapp Flex Baby Stroller


Jenama Quinny memang tidak asing lagi dikalangan ibu-ibu di Malaysia. Boleh dikatakan Jenama No 1 di Malaysia. Menjadi impian ibu-ibu untuk memiliki stroller ini. Sebab apa? Sebab design 3 roda dan materialnya. Jenama Quinny pun adalah satu sebab juga. Ianya bagai anda membawa BMW atau Mercedes. Cuma harganya yang akan buatkan para bapa termenung.

Berbeza model sebelum ini. Quinny Zapp Xtra banyak dijual dengan harga diantara RM1200-RM1800. Tapi model replacement Quinny Zapp Flex ini berbeza. Harga rata-rata untuk stroller sahaja RM2199. Anda boleh rujuk semua butik-butik bayi. Semua harganya sama. Jika ada harga kurang dari itu. Mungkin produk fake.... boleh pergi GM Klang.. ada sahaja Quinny fake disana.

Antara sebab stroller ini mahal selain kualitinya. Quinny menawarkan Lifetime Warranty... seriusss... mana nak dapat. So memang berbaloi juga. Anda juga akan dapat sekali servis percuma dan basuh juga.

Jika anda ada budget dan berminat dengan Stroller ini. Saya amat sarankan anda beli dengan Authorize Dealer Quinny. Salah satu Authorize Dealer Quinny yang anda boleh pergi ada di Butik The Baby Store. Lokasi di Seksyen 22 Shah Alam. (Berhadapan Kilang Gula CSR) atau anda boleh terus beli online. Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia

Klik Sini -- > Quinny Zapp Flex


TAMBAHAN

Kini model Aldo terbaru yang hampir menyerupai GB Pockit iaitu Aldo Klavier telah keluar. Harga mampu milik yang pasti membuatkan anda ingin memilikinya.

Boleh klik link ini : Aldo Klavier



No comments:

Post a Comment