Monday, November 17, 2014

10:28:00 AM

Adakah anda seorang ayah atau suami yang merokok? Jika ya, hentikanlah kerana lebih banyak kesan buruk yang anda bawa bukan hanya kepada diri sendiri tetapi kepada anak dan isteri di sisi. Umum mengetahui akan keburukan rokok kepada si penghisap seperti risiko mendapat penyakit kanser, serangan jantung, gangguan pernafasan dan penyakit paru-paru.
Tetapi ia turut memberi kesan buruk kepada isteri apatah lagi jika sedang mengandung dan anak-anak yang masih kecil. Si perokok dikenali sebagai perokok aktif iaitu mereka yang sedang merokok atau menghidu asap rokok sedangkan perokok pasif adalah mereka yang menghidu asap rokok daripada orang berhampirannya yang sedang merokok.
Walaupun perokok pasif tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi asap berterbangan yang tidak sengaja masuk ke dalam hidung dan mulut turut memberi kesan risiko penyakit yang disebabkan oleh rokok.
Malahan perokok pasif lebih berbahaya berbanding perokok aktif. Oleh itu awas wahai ayah yang merokok! Isteri dan anak-anak kesayangan anda lebih berisiko daripada anda. Merokok bukan hanya merugikan diri anda sendiri, tetapi juga menggadai nyawa orang tersayang.
Maka, si ayah yang bergelar perokok aktif, belajarlah berhenti merokok demi kesihatan diri sendiri dan mereka yang tersayang. Sementara isteri dan anak-anak yang menjadi perokok pasif, jauhi diri anda daripada perokok aktif. Jangan benarkan asap rokok memenuhi ruang kediaman anda!
Tolonglah berhenti merokok wahai Ayah... Kami sayang anda!

0 comments:

Post a Comment