Saturday, June 10, 2017

10:08:00 PM


Pengenalan TUGEDA CARRIER



Jenama Tugeda di Malaysia memang tidak asing lagi kerana rekaan-rekaan Tugeda yang menarik berbanding jenama SSC Baby Carrier yang lain.

Tugeda adalah sebuah jenama tempatan yang setanding malah bagi saya lebih hebat berbanding jenama Antarabangsa yang lain seperti Boba, Bobita, Ergobaby, Infantino, Lillebaby, Tula, BabyBjorn dan banyak lagi. Jadi anda tidak perlu ragu dengan keupayaan jenama tempatan dan saya sangat rekemen anda membeli Tugeda kerana jika anda ada masalah senang untuk anda berhubung terus dengan pengeluar. Tambahan pula ianya adalah LIFETIME WARRANTY!

Tugeda ini diasaskan oleh sepasang suami isteri Tuan Khairul dan Puan Erin dan kilang mereka berlokasi di Kuala Lumpur.























Produk TUGEDA CARRIER

Tugeda ada mengeluarkan beberapa model SSC Baby carrier iaitu Tugeda Air, Tugeda Smart Street, Tugeda Chance dan yang terbaru Tugeda iDeal.

TUGEDA iDEAL


Pada artikel kali ini kami ingin review salah satu produk terbaru dari Tugeda Carrier iaitu Tugeda iDeal.

Tugeda iDeal adalah sebuah pengendong bayi jenis Soft Structured Carrier yang ergonomik. Ia membantu ibu bapa untuk mendukung bayi dengan lebih baik tanpa perlu menggunakan tangan anda supaya anda dapat melakukan rutin harian anda seperti biasa dan yang bagusnya adalah bayi anda sentiasa disisi anda.

Model Tugeda iDeal ini sangat menepati kriteria yang disarankan oleh pakar dan telah diperakui oleh Pengajar Gendongan Bayi Bertauliah dan selamat digunakan.

Tidak seperti SSC Baby Carrier yang lain, model Tugeda iDeal mempunyai keunikkan dan keistimewaan yang tersendiri dimana ianya satu-satunya SSC Baby Carrier di Malaysia malah di Dunia yang boleh dilaraskan mengikut bentuk tubuh bayi secara optimum tanpa perlu aksesori tambahan lain jika hendak dibandingkan jenama-jenama SSC Baby Carrier yang lain.

Material yang digunakan untuk penghasilan SSC baby carrier ini adalah yang berkualiti dan sesuai untuk bayi dan si pemakainya.

Tugeda iDeal ini sesuai digunakan dari newborn sehingga anak anda berusia 2 tahun. Tambahan pula produk keluaran Tugeda menawarkan Jaminan Seumur Hidup (Lifetime Warranty) berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.


Ciri-Ciri Tugeda iDeal




  1. Tugeda iDeal mempunyai ciri-ciri yang unik kerana model ini boleh dilaraskan mengikut bentuk tubuh badan bayi berbanding dengan SSC lain yang mana bayi pula perlu menyesuaikan diri mengikut struktur SSC.
  2. Boleh digunakan dari newborn hingga 24 bulan (dari berat 3.5kg hingga 18kg)
  3. Material yang digunakan sangat sesuai pada bayi kerana kainnya lembut dan tidak panas.
  4. Paras ketinggian body panel boleh dilaraskan (Rujuk Gambar No. 2 & 3 diatas) dengan dua cara sama ada hanya menggunakan tali yang terdapat pada Tugeda iDeal ini atau melipat dibahagian atas body panel agar dapat mengikut ketinggian/panjang tubuh badan bayi tanpa perlu aksesori tambahan lain seperti "infant insert, bantal kecil atau gulungan tuala agar bayi tidak tenggelam semasa berada di dalam SSC ini.
  5. Kelebaran body panel juga boleh dilaraskan (Rujuk Gambar No 1 diatas) dengan hanya menggunakan tali yang disediakan pada body panel tersebut tanpa perlu menggunakan aksesori tambahan lain seperti "Clincher Band", getah, riben dan lain-lain.
  6. Mempunyai sistem "Perfect Fit Adjuster" atau singkatannya adalah PFA di bahagian strap bahu agar ianya sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai tubuh yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar.
  7. Rekaan strap bahu yang melengkung agar pemakaian yang lebih ergonomik dan memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakai.
  8. Jaminan seumur hidup diberikan oleh Tugeda untuk kecacatan/kerosakkan pengeluaran. Walaubagaimanapun sekiranya kerosakkan akibat kecuaian pengguna sendiri, kami tetap menyediakan kemudahan baik pulih pada kos minima.
  9. Banyak pilihan warna dan corak untuk dipilih
  10. Ringan dan mudah dibawa. Berat 0.6kg
  11. Mudah untuk disimpan jika tidak digunakan.



Spesifikasi

  • Usia Saranan Pemakaian: Lahir – 24 Bulan
  • Berat Saranan Pemakaian : Dari 3.5kg – 18kg
  • Kelebaran Bahagian Bahu/Tengkuk (Boleh Laras) : 5.5 inci – 9 Inci
  • Ketinggian/Panjang Body Panel (Boleh laras dwi cara: cerut atau lipat) : 10 inci – 15 Inci
  • Kelebaran Body Panel (Boleh Laras) : 9 inci – 16 inci
klik gambar untuk paparan lebih jelas

Kelebihan Tugeda iDeal

  • Mudahkan anda untuk kemana-mana atau lakukan apa kerja walaupun mempunyai anak kecil atau mudahkan mengurus anak yang ramai.
  • Dapat membantu anda menguruskan bayi kecil yang sentiasa mahu di dakap/ di dukung, selain dapat membantu anda menguruskan urusan rumahtangga dan keluarga dengan lebih mudah
  • Mempunyai lebih masa serta kehidupan dan diri yang lebih terurus
  • Kebebasan bergerak serta dapat lakukan pelbagai kerja dalam suatu masa walaupun bayi sentiasa berada dekat dengan anda
  • Memastikan bayi anda selamat dan sentiasa dalam perhatian anda sepanjang masa.
  • Anda dapat lakukan aktiviti/ hobi yang anda sukai/ gemari walaupun anda mempunyai bayi kecil.
  • Sesuatu yang dapat membantu memudahkan anda untuk menyusukan bayi di mana-mana atau khalayak / Nursing in public tanpa orang sedari anda sedang menyusukan bayi.
  • Mudahkan kehendak & tuntutan perhatian yang di minta oleh bayi ditunaikan serta lebih mudah di kesan dan segera dipenuhi yang mana perkara ini dapat mengembirakan bayi anda serta perkembangan emosinya menjadi lebih baik.
  • Menjimatkan wang  kerana ianya boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama sejak dari bayi anda di lahirkan hingga 2 tahun.
  • Wujudkan masa bersama bayi dan keluarga dengan lebih berkualiti dan effisyen tanpa mengganggu rutin harian anda.
  • Bebas menggunakan kedua-dua belah tangan anda untuk lakukan kerja lain dalam masa yang sama bayi anda berada dalam dakapan anda
  • Selamat digunakan untuk anda dan bayi samada dari segi produknya atau kepada tubuh anda dan bayi.
  • Menyelesaikan masalah bayi anda yang tidak suka menaiki stroller/ kereta sorong bayi.
  • Membuatkan anda Lebih Bahagia dan tenang kerana segalanya yang harus anda lakukan dapat di permudahkan dan di lakukan dengan baik dan cekap.

Cara Memakai Tugeda iDeal


Video Cara Melaras Struktur Tugeda iDeal


Video Cara Pemakaian Front Carry

Warna Pilihan Tugeda iDeal



Di Mana Anda Hendak Beli?


Saya rekemen anda beli di website The Baby Store. Butik Online Ibu dan Anak yang boleh dipercayai dan Authorized Reseller Tugeda. Yang penting anda dapatkan Original dengan tawaran harga promosi. Harga asal adalah RM280. Jika hendak harga promosi sila ke website The Baby Store



atau anda ingin merasai sendiri atau belajar memakai Tugeda iDeal ini. Anda boleh terus ke butik The Baby Store di alamat.

The Baby Store
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor.

Hubungi : 019-4006996 (Puan Yati)

Landmark : Berhadapan Kilang Gula CSR Batu 3 Shah Alam



Baca : Baby Eats By Juslixa (BeBJ Shah Alam)

Baca Lagi : GB Pockit Plus Review. Baca Dahulu Sebelum Buat Keputusan
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment