Wednesday, April 26, 2017

Susu Ibu Sikit? 5 Cara Mudah Banyakkan Susu Ibu Untuk Bayi Anda. No 5 Paling Penting!



Anda mengalami masalah susu ibu sikit? Saya faham, masalah ini adalah antara perkara yang sering diberi perhatian oleh ramai ibu menyusu anak dengan susu ibu ialah masalah susu semakin berkurangan.

Bila tiba-tiba jumlah susu yang dipam berkurangan kuantitinya, ibu akan jadi panik dan mula fikir yang bukan-bukan. Lepas itu kelam-kabut mencari tip untuk membanyakkan susu. Betul tak?

Sikap cepat panik tersebut sebenarnya tidak bagus kepada ibu menyusu. Anda sepatutnya terus konsisten mengamalkan tip untuk kekalkan kuantiti susu ibu cukup untuk anak anda.

1. Kerapkan menyusu anak anda.

Semakin kerap ibu menyusukan bayi semakin banyak susu akan terhasil. Ibu kena sentiasa ingat formula penting ini! Bila payudara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan semula. Jadi jangan takut untuk kerap menyusukan bayi bila anda ada bersamanya.

2. Pam secara konsisten (walau di tempat kerja)

Jangan tunggu payudara sudah bengkak dan sakit baru nak pam. Itu teori yang salah! Ibu kena ikut jadual mengepam susu yang konsisten iaitu dua jam sekali. Lagi bagus kalau sebelah payudara anda menyusukan bayi, sebelah lagi anda pam. Memang 'lumayan' hasilnya.

3. Minum air masak secukupnya

Ibu menyusu kena minum air masak secukupnya iaitu sehari antara dua hingga tiga liter. Sebaiknya minum air sebelum dan selepas menyusukan bayi atau mengepam susu. Ibu juga boleh pelbagaikan air yang diminum seperti jus oren segar, coklat, minuman bermalta, air soya dan sebagainya.

4. Makan makanan memperbanyakan susu

Jaga pemakanan bila menyusukan bayi. Jangan 'skip' waktu makan atau 'acah-acah' diet. Ia hanya akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Makanan yang diambil mestilah yang kaya dengan kandungan protein dan tinggi zat supaya susu yang terhasil juga berkualiti.

Makanan yang dikatakan mampu memperbanyakkan air susu ibu termasuklah


  • Pengaga
  • Lobak putih
  • Peria
  • Brokoli


5. Sentiasa berfikiran positif

Emosi ibu juga perlu dijaga. Ianya amat penting. Ibu yang sentiasa ceria dan positif akan menghasilkan susu yang melimpah-ruah dan berkualiti. Memang terbukti.

Bila ibu gembira hormon oksitosin akan terangsang dan automatk badan menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan susu ibu lebih banyak. Tak percaya cubalah! Sebab kalau ibu tengah stres atau sedih, mesti susu yang dipam pun kurang.

Baca : Review - Umma Lacto Milk Booster Bagus Ke?

Baca : Resepi Ayam Masak Merah

Baca Lagi : 10 Tips Menyusu Ketika Bulan Ramadhan. No 8 Amat Penting Supaya Ada Tenaga.

----------------

Anda Mencari Pembekal Botol Kosmetik di Selangor? Sila Kunjungi Botol Anggun Sdn Bhd.

5 comments:

  1. Hi, thank share info ni sebab baru saya tahu makan lobak putih boleh banyakkan susu,slalu dengar bykkan minum air kosong je.tula ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby bila susu kurang ni..anak asyik nangis malam2 lapar. dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh tambah susu. nak pulihkan puting luka pun boleh . InshaAllah boleh cuba nnti :)

    ReplyDelete
  2. Sangat membantu artikel ini untuk para ibu-ibu. Bagus!

    trademark Malaysia

    ReplyDelete
  3. aegis boost pod dan nanostix di malaysia
    Nak beli nanostix di vape empire & vape 69 ?
    caliburn pod/pod caliburn dan nanostix pod di Malaysia
    ncig pod , ncig review & ncig malaysia dan nanostix pod yang anda boleh dapatkan di Malaysia sekarang!

    ReplyDelete
  4. Best health insurance plan for individuals and family.ETIQA Malaysia offers an erray of health insurance plan for you and your family. Explore our health insurance plan policies for your healthcare needs

    ReplyDelete