Wednesday, May 31, 2017

GB Pockit Plus Review. Sila Baca Dahulu Sebelum Buat Keputusan.


Pada tahun ini. GB (Good Baby) telah keluar model Pockit terbaru yang dinamakan Pockit Plus. Memang tidak asing lagi model Pockit ini mendapat tempat di dunia kerana saiz nya yang paling kecil di dunia berdasarkan Guiness World Records. Stroller ini apabila dilipat ianya sangat kompak sehinggakan anda boleh masukkan baby stroller ini ke dalam bag travel anda juga.

Ukuran lipatan stroller ini untuk model 2017 ada sedikit peningkatan dan kini saiznya adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat juga telah meningkat sebanyak 1.8lbs dan kini beratnya menjadi 10.8 lbs berbanding model lama 9lbs. Masih lagi kategori model yang sangat ringan dan kompak! Anda tidak akan hadapi masalah dengan mana-mana syarikat penerbangan kerana ia adalah jauh dari saiz maksimum yang dihadkan oleh Syarikat Penerbangan di dalam dunia ini.

Model terbaru Pockit Plus ini boleh dipasangkan dengan Baby Carseat jenama Cybex (tapi perlu beli adaptornya dan dijual berasingan). Mereka juga telah menaiktaraf tempat duduk Pockit ini dari tidak boleh berbaring kepada boleh berbaring. Tapi anda masih tidak sesuai untuk Newborn kerana kerusinya tidak boleh berbaring habis. Seeloknya digunakan dari bayi 6 bulan keatas.

Sama seperti model asal, Pockit Plus mempunyai bakul simpanan yang agak baik, ada adjustable 5-point harness, tempat duduk yang selesa dan one-step brake. Saiz rodanya hanya 4.5" dan sesuai ditolak pada permukaan yang rata sahaja. Jika anda ingin bawa bersiar-siar ke taman atau di kaki lima sekitar bandar. Anda mungkin berasa agak sedikit sukar kerana stroller ini tiada suspension pada rodanya.

Model ini memang amat sesuai untuk ibu bapa yang suka melancong dan menjalankan urusan luar negara kerana akan banyak digunakan ketika menaiki kapal terbang, pusat membeli-belah atau di tempat peranginan. Saya rasa Aldo Compatto dan Tavo Amber mempunyai persaingan yang lebih serius sekarang.

Saiz kanopi stroller ini amat kecil dan bagi saya perlu diperbaiki sebab ianya kelihatan hanya cukup syarat sahaja. Tetapi saiz bakulnya masih memadai dan jika boleh perlu ditingkatkan.

Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia saya rasa hanya ada dua warna sahaja. Iaitu hitam dan capri blue. Saya akan check semula dengan pembekal sah di Malaysia semula. Harga jualan bagi sebiji stroller ini adalah RM1199. Saya rasa memang sesuai dengan harga ini jika dilihat teknologinya.

Ciri-ciri


Kanopi - Bagi saya kanopi stroller ini sangat kecil. Ianya dibuat sekadar cukup syarat sahaja. Mungkin mereka reka sebegini disebabkan mereka ingin kekal ringan dan kekal kompak. Walaubagaimanapun saya cadang supaya pihak GB akan naiktaraf untuk kanopi ini sebab cuaca di Malaysia ini panas.



Bar Pemegang- Bagi saya bar pemegang Pockit ini memang menarik berbanding stroller lain. Diliputi dengan soft foam memberi keselesaan ketika anda memegangnya. Tetapi apa yang kurang baik adalah ianya tidak boleh laras. Ketinggian 39" dari tanah ianya merupakan ketinggian purata untuk bar pemegang bukan laras.


Kerusi - Ruang kerusi yang sangat lapang dan anda boleh muatkan kanak-kanak yang saiz besar diatasnya. Kerusi ini mempunyai kelebaran 11.5" dengan 21" panjang dan 25" tinggi. Kerusi ini boleh dilaraskan untuk dibaringkan, tetapi tidak sesuai bayi 6 bulan kebawah kerana sudutnya tidak mencukupi.



Tali keselamatan - Terdapat 5 point harness yang boleh dilaras untuk model ini. 



Bakul - Ya, bakul simpanan pun salah satu kriteria penting jika anda ingin membeli stroller. Bagi Pockit, jika dibandingkan dengan stroller yang bersaiz besar yang lain, ianya kelihatan kecil tapi jika kita ambil kira saiz kompaknya, ianya tidaklah teruk. Bakul ini juga boleh menampung berat sehingga 11 lbs yang lebih berat dari berat stroller ini. Hebat kan?



Brek Kaki - Terdapat brek kaki yang disediakan di roda belakang. Hanya tekan satu sahaja untuk kunci kedua-dua roda.

Roda Kecil - Roda yang bersaiz 4.5" dengan roda dihadapan boleh dikunci lurus. Roda ini direka hanya untuk permukaan rata sahaja dan tidak sesuai untuk permukaan lain.



Stroller bayi yang paling kompak di dunia sehinggakan anda boleh masukkan ke dalam bag luggage anda juga. Yang terbaiknya ianya tiada masalah untuk dibawa naik kapal terbang. Apa syarikat kapal terbang pun tiada masalah.


Sama seperti model Pockit, model Plus adalah jauh dibawah saiz maksimum untuk dibawa naik kapal terbang. Saiz lipatan adalah 12.6" x 7.9" x 15". Berat hanya 10.8 lbs, ia sangat mudah untuk digalas atas bahu apabila tidak diperlukan. 

Travel System - Part ini memang menarik. Kebanyakkan model kompak tidak boleh attach bersama car seat. Tapi Pockit Plus boleh attach bersama Cybex car seat akan tetapi perlu beli aksesori tambahan iaitu adaptor.



Kekurangan Pockit Plus

  • Saiz Kanopi yang kecil. Kalau boleh saya ingin kanopi saiz besar yang boleh tanggal dengan sunvisor. 
  • Tiada aksesori tambahan. Tidak seperti Aldo Compatto yang banyak disertakan aksesori. Pockit Plus tiada cup holders, bumper bar atau child trays.
  • Roda yang kecil. Direka khas untuk permukaan yang rata. 

GB Pockit Spesifikasi

  • Stroller weight: 10.8 lbs
  • Weight limit: 55 lbs
  • Folded dimensions: 12.6″ x 7.9″ x 15″
  • Handle bar height: 39″
  • Seat to canopy height: 25″
  • Wheels: 4.5″

GB Pockit Warranty

Jaminan selama 2 tahun diberikan oleh GB daripada tarikh belian kepada pemilik asal Pockit Plus ini.


Warna Yang Terdapat Di Dalam Malaysia

Di dalam Malaysia kini hanya terdapat 4 jenis warna sahaja iaitu Capri Blue, Posh Pink, Monument Black dan Sea Port Blue

Di Mana Hendak Beli?


Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia hanya ada empat warna sahaja dan akan dijual pada harga RM 1199. Ia boleh didapati website The Baby Store dengan harga RM1099  (percuma bag travel bernilai RM99).


Saya rekemen anda beli di The Baby Store kerana servisnya terbaik dan yang penting mereka jual Pockit yang ORIGINAL. Hati-hati pada tiruan ya....

Atau anda boleh terus ke butik mereka di seksyen 22 Shah Alam. Di bawah adalah alamat penuh :-

The Baby Store,
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jln Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Hubungi : 0194006996 (Yati)




Saturday, May 6, 2017

Top 5 Baby Stroller Terbaik 2017 Pilihan BabyMalaysia.com


Mungkin ramai ibu-ibu di luar sana pening untuk memilih stroller idaman mengikut keperluan dan bajet anda. Betul tak?

Di sini kami akan senaraikan 5 stroller paling top yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia pada tahun 2017. Semoga anda dapat buat pilihan anda sendiri.

1. Aldo Compatto 2017 Baby Stroller



Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Free gift yang terdapat dengan pembelian Aldo Compatto ini adalah Raincover, Cup holder, Bumper bar, Stroller bag, Shoulder Strap, Stroller Restrap and Newborn leg cover.

Model Aldo Compatto 2017 kini terdapat dua warna iaitu Merah dan Hitam. 

Jika anda ingin travel. Aldo Compatto adalah jawapannya.

Pendapat penulis : Aldo Compatto adalah model yang sangat berbaloi dimiliki jika diambil kira dari segi harga, rekaan, ketahanan, dan saiz yang kompak.

Harga Jualan : RM 739.90
Harga Promosi : Sila Klik Sini



2. Tavo Amber Compact Stroller


Satu lagi compact stroller yang perlu diberi perhatian. Jenama Tavo adalah jenama dari Korea. Tavo Amber ini bagi saya hampir sama hebat dengan Aldo Compatto cuma kalah dari segi aksesori sahaja. Design yang amat menarik dan bumper bar yang lain daripada yang lain berbanding kebanyakkan model stroller yang lain.

Dari segi lipatan bagi saya ianya sedikit mudah berbanding Aldo Compatto kerana ianya semua berpusat di satu tempat iaitu hanya menekan butang di pemegang sahaja untuk melipatnya. Seriuss... style juga. Berat stroller ini adalah 5.9kg dan sesuai digunakan dari newborn hingga 15kg atau anggaran anak anda berumur 3 tahun.

Ianya juga sesuai dibawa travel. Harganya adalah lebih kurang dengan Aldo Compatto.

Pendapat Penulis : Jika anda tidak suka design Aldo Compatto. Anda boleh pilih model ini. 

Harga Jualan : RM 739.00
Harga Promosi : Sila Klik Sini



3. GB Pockit Plus Compact Stroller

Stroller paling kompak di dunia adalah GB Pockit. Tapi model GB Plus ada sedikit besar saiz dan beratnya tetapi masih lagi kompak. Model Plus ini dinaiktaraf supaya kerusinya boleh berbaring berbanding model lama. Kanopinya sedikit lebar berbanding model lama.

Jika anda ingin lebih detail sila klik review ini : GB Pockit Plus 

Harga jualan : RM1199.

Tapi jika anda ingin membeli. Saya rekemen anda beli dengan The Baby Store. Mereka ada beri diskaun RM1099 free travel bag yang berharga RM99.

Boleh klik link ini : BUY GB Pockit Plus


4. Easywalker Mini Buggy Stroller


Easywalker Mini Buggy ini kini mendapat tempat di Malaysia selepas artis Malaysia Che Ta pakai stroller ini model Union Jack. Design yang menarik dan dalam kelas yang tersendiri.

Harga Asal : RM1599

Harga Promosi : Klik Sini



5. Quinny Zapp Flex Baby Stroller


Jenama Quinny memang tidak asing lagi dikalangan ibu-ibu di Malaysia. Boleh dikatakan Jenama No 1 di Malaysia. Menjadi impian ibu-ibu untuk memiliki stroller ini. Sebab apa? Sebab design 3 roda dan materialnya. Jenama Quinny pun adalah satu sebab juga. Ianya bagai anda membawa BMW atau Mercedes. Cuma harganya yang akan buatkan para bapa termenung.

Berbeza model sebelum ini. Quinny Zapp Xtra banyak dijual dengan harga diantara RM1200-RM1800. Tapi model replacement Quinny Zapp Flex ini berbeza. Harga rata-rata untuk stroller sahaja RM2199. Anda boleh rujuk semua butik-butik bayi. Semua harganya sama. Jika ada harga kurang dari itu. Mungkin produk fake.... boleh pergi GM Klang.. ada sahaja Quinny fake disana.

Antara sebab stroller ini mahal selain kualitinya. Quinny menawarkan Lifetime Warranty... seriusss... mana nak dapat. So memang berbaloi juga. Anda juga akan dapat sekali servis percuma dan basuh juga.

Jika anda ada budget dan berminat dengan Stroller ini. Saya amat sarankan anda beli dengan Authorize Dealer Quinny. Salah satu Authorize Dealer Quinny yang anda boleh pergi ada di Butik The Baby Store. Lokasi di Seksyen 22 Shah Alam. (Berhadapan Kilang Gula CSR) atau anda boleh terus beli online. Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia

Klik Sini -- > Quinny Zapp Flex


TAMBAHAN

Kini model Aldo terbaru yang hampir menyerupai GB Pockit iaitu Aldo Klavier telah keluar. Harga mampu milik yang pasti membuatkan anda ingin memilikinya.

Boleh klik link ini : Aldo Klavier



Friday, May 5, 2017

Review Kedai Baby Shah Alam Terbaik di Seksyen 22





Anda tinggal di Shah Alam? Berjalan-jalan mencari kedai baby Shah Alam memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika kita baru nak menimang cahaya mata. Jika anda search di Google Baby Shop Near Me ... Pasti akan keluar The Baby Store.

Kedai Baby Shah Alam

Di Shah Alam ada banyak kedai baby tapi saya nak review di sini adalah kedai baby The Baby Store yang terletak di Seksyen 22 Shah Alam. Alamat penuhnya adalah The Baby Store, No. 15, Ground Floor, Indah Alam Condominium Shop Lot, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor.

Haaaaa... yang penting Ground Floor tu, sangat memudahkan sebab tidak perlu naik tangga dan yang amat penting senang parking. Free pulak tu... tak perlu bayar parking kepada MBSA. So... boleh shopping lama-lama. Best kan?

The Baby Store ini asalnya hanya online sahaja. Tapi sejak May 2017, mereka dah open showroom. Belum pernah buka website mereka? cuba lihat screenshot dibawah :-


Amacam? macam international website tak? ada pelbagai barangan anda boleh pilih di dalam ini jika anda tidak sempat datang ke Butik The Baby Store.... serius website ini cun.

Ok... jom kita terjah kedai mereka pula....



Bagaimana? nampak selesa tak nak shopping di sini? 

Kalau anda mencari stroller dan car seat... saya sangat rekemen anda datang ke sini. Menurut pemilik butik ini iaitu Puan Hidayati, mereka dalam proses memasukkan pelbagai jenama dan harga dari RM100 hingga lah beribu-ribu ringgit.... untuk bantu anda mencari stroller idaman dan sesuai dengan bajet anda.

Selain itu, set berpantang, makanan bayi, pakaian dan pelbagai barangan ada juga di jual disini cuma saya tidak sempat hendak zoom tadi.

Jika anda perlu bantuan dalam untuk memilih barang anak anda juga anda boleh datang ke sini. Puan Hidayati dan Team mereka akan bantu anda.

Seriuss... bak kata Nora... saya beri 4.5 bintang untuk Kedai Baby Shah Alam ini....

Selamat Bershopping di Baby Shop ini.




Wednesday, April 26, 2017

Susu Ibu Sikit? 5 Cara Mudah Banyakkan Susu Ibu Untuk Bayi Anda. No 5 Paling Penting!



Anda mengalami masalah susu ibu sikit? Saya faham, masalah ini adalah antara perkara yang sering diberi perhatian oleh ramai ibu menyusu anak dengan susu ibu ialah masalah susu semakin berkurangan.

Bila tiba-tiba jumlah susu yang dipam berkurangan kuantitinya, ibu akan jadi panik dan mula fikir yang bukan-bukan. Lepas itu kelam-kabut mencari tip untuk membanyakkan susu. Betul tak?

Sikap cepat panik tersebut sebenarnya tidak bagus kepada ibu menyusu. Anda sepatutnya terus konsisten mengamalkan tip untuk kekalkan kuantiti susu ibu cukup untuk anak anda.

1. Kerapkan menyusu anak anda.

Semakin kerap ibu menyusukan bayi semakin banyak susu akan terhasil. Ibu kena sentiasa ingat formula penting ini! Bila payudara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan semula. Jadi jangan takut untuk kerap menyusukan bayi bila anda ada bersamanya.

2. Pam secara konsisten (walau di tempat kerja)

Jangan tunggu payudara sudah bengkak dan sakit baru nak pam. Itu teori yang salah! Ibu kena ikut jadual mengepam susu yang konsisten iaitu dua jam sekali. Lagi bagus kalau sebelah payudara anda menyusukan bayi, sebelah lagi anda pam. Memang 'lumayan' hasilnya.

3. Minum air masak secukupnya

Ibu menyusu kena minum air masak secukupnya iaitu sehari antara dua hingga tiga liter. Sebaiknya minum air sebelum dan selepas menyusukan bayi atau mengepam susu. Ibu juga boleh pelbagaikan air yang diminum seperti jus oren segar, coklat, minuman bermalta, air soya dan sebagainya.

4. Makan makanan memperbanyakan susu

Jaga pemakanan bila menyusukan bayi. Jangan 'skip' waktu makan atau 'acah-acah' diet. Ia hanya akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Makanan yang diambil mestilah yang kaya dengan kandungan protein dan tinggi zat supaya susu yang terhasil juga berkualiti.

Makanan yang dikatakan mampu memperbanyakkan air susu ibu termasuklah


  • Pengaga
  • Lobak putih
  • Peria
  • Brokoli


5. Sentiasa berfikiran positif

Emosi ibu juga perlu dijaga. Ianya amat penting. Ibu yang sentiasa ceria dan positif akan menghasilkan susu yang melimpah-ruah dan berkualiti. Memang terbukti.

Bila ibu gembira hormon oksitosin akan terangsang dan automatk badan menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan susu ibu lebih banyak. Tak percaya cubalah! Sebab kalau ibu tengah stres atau sedih, mesti susu yang dipam pun kurang.

Baca : Review - Umma Lacto Milk Booster Bagus Ke?

Baca : Resepi Ayam Masak Merah

Baca Lagi : 10 Tips Menyusu Ketika Bulan Ramadhan. No 8 Amat Penting Supaya Ada Tenaga.

----------------

Anda Mencari Pembekal Botol Kosmetik di Selangor? Sila Kunjungi Botol Anggun Sdn Bhd.

Tuesday, April 18, 2017

Rawat Bayi Eczema Dengan ScratchMeNot. Ramai Tidak Tahu!

Bayi Eczema
Adakah anak anda mengalami masalah Eczema dan anda tercari-cari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit kembali sihat.

Saya yakin anda sebagai seorang ibu pasti tidak dapat tidur malam kerana bayi anda ada penyakit Eczema. Betul tak?

Memang tertekan sebenarnya bila kulit anak diserang eczema. Sudah puas anda mencari rawatan terbaik untuk merawat penyakit eczema supaya kulit kembali sihat tapi tak berhasil.
Eczema adalah sejenis sakit kulit. Penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang penyakit ini supaya anda faham bagaimana cara rawatannya. Kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh. Kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sekeliling.

Faktor Penyakit Eczema


Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Namun melalui beberapa kajian yang telah dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca terjadinya eczema ini termasuklah:

  • penggunaan sabun dan detergen yang tidak sesuai
  • terdedah pada keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran (habuk)
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • badan kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi
Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.
Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.

Lazimnya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut.

Manakala, tanda-tanda eczema bagi bayi pula jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Ada yang mendapat eczema ini ketika dewasa dan ada yang diserang ketika masih bayi. 

Rawat Bayi Eczema dengan ScratchMeNot


Anda pernah dengar brand ScratchMeNot ? Produk ini asalnya dari USA yang kini telah berada di Malaysia. Produk yang sangat kualiti dan efektif untuk bayi yang mengalami masalah Eczema atau Ekzema. ScratchMeNot  adalah sarung tangan eczema yang direka khas untuk mengelakkan bayi eczema menggaru muka dari terus cedera serta memberi keselesaan kepada bayi anda ketika memakainya.

Merawat bayi eczema bukanlah perkara mudah sebab walau menggunakan krim eczema tapi bayi eczema dapat menggaru muka dan mencederakan semula kulit tersebut dan belum sempat sembuh terutama waktu malam ketika kita tidur, tidak sedar dan tidak dapat kawal bayi kita menggaru.

Sarung tangan dwi lapisan ini mempunyai lapisan luar lembut yang menghalang kerosakkan kulit akibat menggaru berlebihan dan menggosok. ScratchMeNot boleh dilipat buka untuk memberi tangan bayi bebas ketika tidak menggaru dan menutup kembali ketika bayi menggaru. Produk ini juga boleh digunakan bersama ubat atau krim jika perlu.

"Produk ini adalah genius dan benar-benar terbaik !! .... ini merupakan penyelamat kehidupan dan keajaiban! Si kecil saya akan menggaru dan mencederakan mukanya kerana gatal yang kronik. Dengan produk anda, mukanya telah sembuh. . dia tidak lagi boleh mencederakan dirinya, tetapi dia masih boleh menghibur dirinya apabila dia gatal-gatal Terima kasih ... terima kasih ... terima kasih ... "- Vivian


Kelebihan Sarung Tangan Eczema
  • Flexible     - Hujung sarung tangan boleh dibuka dan ditutup
  • Fun           - Mempunyai corak yang ceria untuk kanak-kanak
  • Efective     - Dapat menggelakkan bayi dari menggaru.
  • Functional  - Sangat mudah untuk ibu bapa membuka dan memakai tetapi sukar untuk bayi                           anda membukanya.




Produk yang sangat efektif dan kualiti... hentikan derita anak anda. Jika berminat boleh order di The Baby Store Malaysia



Wednesday, March 8, 2017

Insuran Anak, Perlu Atau Tidak? Ramai Ibu Bapa Silap Besar



Pada zaman sekarang. Insuran sudah menjadi satu keperluan tambahan pula insuran anak. Pada kita dan bagi saya wajib untuk diri kita dan orang yang disayangi dilindungi insuran. Jika anda betul-betul perhatikan atau melawat hospital terutama hospital kerjaan. Anda akan dapati terlalu padat dan penuh dengan pesakit. Maknanya ramai yang jatuh sakit dan mungkin suatu hari nanti anda atau keluarga anda juga akan jatuh sakit. Ini tidak mustahil.

Sudah kita tahu. Kos perubatan pada zaman sekarang bukanlah murah. Malah mencapai ratusan ribu.



Persoalan sekarang. Perlu atau tidak kita ambil insuran untuk anak kita? 

Ramai ibu bapa diluar sana masih teragak-agak atau tidak terfikir langsung untuk ambil insuran anak mereka padahal mereka amat sayangkan anak mereka. Betul tak? Siapa yang tak sayangkan anak oiii.

Mungkin ada juga yang memberi alasan bahawa syarikat yang kita atau suami kerja sudah cover satu family. Iya... memang betul... tapi ada kamu ambil tahu berapa jumlah yang syarikat cover? saya yakin memang tak banyak... kalau cover bil klinik pun kebanyakkan maksima RM50 per visit... betul tak? Memang anda letak nyawa anak anda dalam bahaya sebenarnya.

Buatlah Keputusan Terbaik Untuk Anak Anda

Jadi saya cadang anda ambil insuran anak anda secara persendirian tanpa mengharapkan dari insuran syarikat. Sebab apa?


  1. Anda tahu berapa jumlah nilai insuran yang melindungi anak anda.
  2. Jika kos perubatan tidak mencukupi melalui nilai insuran syarikat anda. Anda boleh tambah dengan nilai insuran yang anda ambil secara persendirian.
  3.  Tidak perlu menunggu GL. Kalau anda nak tau. Proses nak dapatkan GL ini sangat ambil masa dan berbanding dengan anda ambil insuran persendirian, anda hanya tunjuk kad perubatan sahaja untuk dapatkan bilik di hospital.
  4. Tidak terikat kepada Syarikat yang anda kerja sekarang, sebab anda boleh sahaja pindah kerja di tempat lain walau tiada insuran yang cover keluarga anda di tempat baru.
  5. Beberapa tahun kemudian. Anda boleh keluarkan sejumlah wang dari insuran anda jika anda ambil sekali pelan perlaburan bersama medical card anda juga. Contoh saya sudah boleh keluarkan RM10k untuk tambah modal perniagaan saya.
  6. Sebenarnya ada lagi... nanti saya ada masa saya tambah lagi....


Kekangan Kewangan?

Anda rasa tidak cukup duit untuk bayar bulanan insuran? Saya cadangkan anda ubah pemikiran begini. Sebenarnya anda mampu... janganlah anda ambil insuran sampai RM300-400 sebulan. Memadailah ambil paling minimum... macam RM130 - RM150 sebulan sahaja. Jangan bebankan diri anda juga. Saya yakin anda mampu bayar RM130 - RM150 sebulan... kalau rasa macam tak mampu juga... try lah reduce perbelanjaan bulanan macam kurang makan di restoran mewah ker... atau tambah pendapatan sampingan macam buat business online.

Anda jangan berfikir ianya terlalu mahal sebab apa? Sebab jika anak anda masuk hospital... lagi mahal kosnya...

Jika betul masih tidak mampu dengan nilai diatas... sebenarnya ada lagi pakej yg serendah RM63 tapi bergantung pada umur jugalah... tapi kalau anak-anak rasanya itu kot harga tu... boleh cuba hubungi ejen saya dibawah untuk keterangan lanjut.


Lindungilah Anak Anda. Jangan Kita Menyesal Dikemudian Hari

Saya ambil contoh anak saya sendirilah... dia demam panas... dan doktor sarankan kene masuk hospital sebab demam terlalu lama dan panas. Waktu itu sebaik saya insurankan anak saya sebanyak RM100 sebulan... baru 6 bulan sahaja bayar... tapi dengan guna kad insuran... saya dapat jimat hampir RM4 ribu.... baru sahaja bayar RM600... nampak tak?

Lepas tu, 3 bulan kemudian deman lagi... kene masuk hospital lagi... kali ini bil nya cecah hampir 5k kalau tidak silap saya.

Nampak tak? berapa banyak saya sudah jimat. Yang part paling bestnya... bila Doktor cakap anak anda kena masuk hospital. Kita buat muka rilek sahaja... tidak resah sebab kita tahu kita dah insurankan anak kita.

Katakanlah kita tidak insurankan anak kita? Macam mana? samaada kita terpaksa korek tabung atau berhutang untuk bayar bil hospital atau kita balik hampa sebab tidak dapat berikan perubatan terbaik untuk anak sendiri... bayangkan sekarang... bila anda dapat rasa moment ini gerenti anda rasa tidak mahal. Betul tak?



Syarikat Insuran Pilihan


Untuk memilih syarikat insuran pun satu masalah. Kalau boleh anda pilihlah yang betul-betul mempunyai track record yang baik. Jangan ambil sebarang insuran yang anda pun tidak pernah dengar syarikatnya.


Berdasarkan pengalaman saya, Saya pilih Great Eastern Takaful. Sebab apa saya berani rekemenkan? Sebab saya dah survey dah. Diantara semua syarikat. Great Eastern Takaful antara terbaik.

Untuk kisah proses claim insuran pula. Wife saya pernah claim sekali. Saya Alhamdullilah belum lagi, dan anak saya total dah 4 kali jika saya tidak silap. Semuanya mudah jika anda tahu caranya.

Satu lagi... sila cari ejen insuran yang betul-betul bertanggungjawab dan berdedikasi. Sebab ejen ini yang akan bantu anda dan guide anda nanti apabila anda perlukan bantuan.

Jika anda betul-betul hendak ambil insuran? Saya cadangkan ambil Great Eastern Takaful dengan Encik Rosman. Anda boleh hubungi atau whatsapp beliau di 013-4006996. Beliau amat membantu. Kalau nak tanya pasal business online pun boleh tanya dia... memang jenis suka sharing ilmu. Bukan sahaja bantu anda pasal insuran.. malah pasal ilmu internet marketing pun boleh...

Anda juga boleh klik gambar dibawah untuk isi borang appointment



Atau

Thursday, October 13, 2016

Best Tandem Stroller / Double Stroller Hauck Duett 2 Reviews - Baca Sebelum Beli



Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai. (Saya pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini). Sebenarnya, jenama ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah memasuki pasaran Malaysia.

Jenama Hauck ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik.


Apa yang beza dari Model Duett asal?


Terdapat beberapa perubahan pada versi baru Hauck Duett 2 ini. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama.

Pemegang stroller ini juga sudah boleh dilaras ketinggiannya dan rain cover diberi sekali untuk setiap tempat duduk. Memang awesome!


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Adakah Hauck Menyelesaikan Masalah Pada Versi Hauck Deutt Pertama? 


Ya! mereka banyak menaiktaraf Duett 2 ini dari Duett pertama. Berdasarkan maklumbalas dari ramai pemilik Duett versi pertama dimana mereka sukar untuk dilipat. Tetapi untuk Hauck Duett 2. Jurutera Hauck telah menyelesaikan masalah ini walaupun saya masih gagal lagi cubaan untuk melipat dengan sebelah tangan... Haahaha... sudah pasti sukar sebab ini bukan jenis light weight stroller macam Aldo Compatto. Tetapi memang banyak "improve" di dalam perkara ini. So.. jangan risau.


Melalui review yang lalu. Hauck Duett asal sangat besar (bulky) dan sukar untuk dimuatkan ke dalam boot kereta. Sekali lagi, Hauck Duett 2 ini telah mengatasi masalah ini dan tidak mempunyai masalah ini lagi. Ini kerana Hauck telah design Duett 2 ini lebih compact!

Dan maklumbalas terakhir yang diterima dari Ibu bapa bahawa Hauck Duett asal sangat berat bila menolak stroller ini

Tapi bagi saya ianya berat sebab stroller ini stroller berkembar, jadi tidak mustahil ianya berat. Akan tetapi model Duett 2 ini adalah lebih ringan dan mudah ditolak dan bergerak berbanding dengan versi asal. Jadi, masalah tersebut juga dapat diselesaikan.


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller

Mudah ker Nak Simpan Stroller Ini?


Jika anda duduk di rumah teres dua tingkat. Boleh sahaja simpan di bawah tangga rumah dalam kedudukan menegak atau jika anda ingin jimat lagi ruang, anda boleh cabut kedua-dua kerusi dan lipat stroller tersebut. Jika duduk apartment, saya suggest anda simpan stroller ini dengan mencabut kedua-dua kerusi untuk lebih kompak.

Bila anda sudah cabut kedua-dua kerusi, anda boleh lipat bingkai dan susun letak kedua-dua kerusi diatasnya. Teknik ini juga anda boleh simpan di dalam boot kereta anda untuk penjimatan lebih ruang. Hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk melakukannya.


Bagaimana Dengan Saiz Kerusi?


Jangan risau, saiz kedua-dua kerusi sangat mencukupi. Terdapat banyak ruang di kerusi utama untuk bayi berkembang dan berbaring dan sesuai digunakan dari newborn. Di kerusi kedua juga selesa walaupun dalam kedudukan di mana ruang sedikit terhad. Kedua-dua kerusi tersebut juga dilengkapi dengan tali pinggang untuk keselamatan anak  anda.






Adakah Stroller Ini Senang Ditolak?


Saya dapati yang stroller ini memang mudah untuk ditolak. Rekaan tayar belakang yang lebih besar berbanding tayar hadapan membuatkan ianya lebih mudah ditolak dengan mudah dan sempurna.

Cuma kadang-kadang bila rasa sukar untuk untuk membelok ketika menolak ini disebabkan tayar depan terkunci. Anda cuma perlu betulkan tuil di hadapan sahaja.





Bagaimana Pula Dengan Sistem Break?


Break stroller ini berada ditayar belakang. Anda hanya perlu menggunakan kaki untuk menguncinya. Amat mudah.


Tonton Video Ini.



Besar Tak Bakul Simpan Barang?


Apabila kerusi kedua tidak digunakan, saiz bakul mempunyai ruang yang banyak untuk beg lampin dan pelbagai lagi ketika anda sedang membeli-belah. Tapi bila kerusi kedua digunakan, saiz bakul amat terhad. Jika perkara ini berlaku saya cadangkan anda beli poket tambahan atau alat pegantung untuk gantung barang-barang dan simpanan tambahan.



Bumbung Kedua-dua Kerusi Ini OK Tak?


Bumbung stroller atau hood stroller ini saya sangat suka terutama ketika cuaca cerah kerana ianya mempunyai satu flap tambahan yang boleh ditarik ke bawah untuk melindungi bayi daripada sinaran matahari. Terdapat juga zip yang boleh dibuka untuk mendedahkan lapisan jaring untuk pengudaraan.


Adakah Berbaloi Membelinya?


Serius. Bagi saya memang berbaloi juga dengan harga yang ditawarkan kerana kebanyakkan twin stroller / double stroller / tandem stroller harganya dua kali ganda dari Hauck Duett 2 ini untuk kategori  jenama stroller antarabangsa. Anda boleh survey sendiri.


Di Mana Hendak Membelinya?


Tempat yang saya amat rekemen untuk anda membeli Hauck Duett 2 Tandem Stroller ini adalah di website The Baby Store. Harga di website ini sangat berbaloi dan yang paling penting adalah website ini sangat Trusted. Boleh dipercayai. So anda tidak perlu risau tentang penipuan online.




Selain itu, jika anda berbelanja di The Baby Store. Anda dapat mengumpul mata ganjaran pada setiap pembelian anda dan boleh ditebus untuk membeli barangan lain pada belian seterusnya. Memang amat menjimatkan.


Jika anda pelanggan baru. Anda boleh tebus 200 points untuk pendaftaran pertama dan boleh digunakan terus. So anda jimat lagi.


Terus klik butang dibawah jika anda ingin membeli Hauck Duett 2.






Tuesday, September 20, 2016

Baca Review Ini Sebelum Beli Quinny Zapp Xtra 2 Baby Stroller



Sedang mencari Baby Stroller terbaik untuk si kecil anda? Serius... memang rambang mata kalau kita survey baby stroller ini. Ada pelbagai jenama yang ada di pasaran. Nak pilih yang sesuai bukan senang. Selain kita pilih jenama, kita juga pilih kualiti supaya stroller tersebut boleh tahan lama dan selamat.

Apa yang penting bayi kita selesa dan selamat. Itu adalah matlamat penting dalam pemilihan stroller bayi. Diharapkan para ibu jangan ambil ringan perkara ini.

So.... di sini saya nak review satu baby stroller yang paling top di kalangan ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. Jenama Baby stroller ini boleh saya katakan adalah top list di dalam senarai jenama baby stroller yang ada di luar sana.

Baby Stroller yang saya perkatakan ini adalah Quinny Zapp Xtra 2. Yes, jenama Quinny memang tidak asing lagi. Dalam banyak-banyak model. Model Zapp Xtra 2 adalah diantara model yang mampu milik berbanding model Quinny yang lain.



Model Quinny Zapp Xtra 2.0 ini sesuai untuk new born sehingga anak berumur 3 setengah tahun. Anda boleh lihat gambar dibawah sebagai rujukan.


Sangat berbaloi kan? Lama juga boleh digunakan.

So, Quinny Zapp Xtra 2 memang bagus sebab dia boleh fold terus. Jadi memang kecik dan kompak. Space dalam bonet kereta anda boleh jimat. Tengok gambar dibawah.



Dibawah adalah details Quinny Zapp Xtra 2.0


  • Very Compact: Quinny Zapp Xtra 2 can be folded with the seat into a compact package.
  • Extremely Manoeuvrable: The Zap Xtra 2 swivel wheel guarantee ease of steering, moving around any obstacles in the city
  • 3 Forward and 2 rearward positions: Choose from 3 forward and 2 rearward facing recline positions for Xtra seating comfort.
  • Height Adjustable Footrest: The footrest adjusts is to allow for your child’s relaxed afternoon nap.
  • Repellent Fabrics: The Quinny Zapp Xtra 2 seat cover is water repellent, so simply wipe-clean any spill.
  • XL Sun Canopy: The Quinny Zapp Xtra 2 has an XL canopy to shield your child from sun, wind and rain.
  • Shopping Basket: Shopping is made is with the spacious, easy access shopping basket that holds up to 5kg.
  • Swivel Wheel: Move around smoothly without hassle or lock the swivel front wheel on rough terrain.

Masih tidak dapat gambarkan bagaimana Quinny Zapp Xtra 2 ini?

Apa kata tonton video dibawah. Memang Awesome stroller ini.




Jom Baca Testimoni Ibu Yang Sudah Beli.


Ibu 1: Memang puas hati beli sebab anak memang nak duduk dalam stroller dan pengendalian stroller ni pun best, smooth je tolak dan agak compact jugak. Letak dalam boot kereta memang tak mkn space .

Ibu 2: The 3 wheels make it so easy to push and turn around with very little space (I’m sure I could do a 360 degree turn in it on the same spot!) It was easy weaving through the crowds at The Baby Show!

Ibu 3: Untuk yang selalu travel naik flight, i tak rasa quinny zapp xtra ni is the best choice.

Opss... sebelum lupa. Stroller ini boleh pasang sekali dengan Maxi-Cosi Cabriofix. Jika baby new born sesuai beli sekali dan boleh diangkat dan pasang di dalam kereta pula.




Dimana Mahu Beli Stroller Ini?


Ok... part ini sebenarnya kene hati-hati juga. Sebab saya pernah lihat ada Quinny Zapp Xtra 2.0 tiruan yang dijual Pusat Borong di Klang. Jadi hati-hati jika ada yang jual murah.

Silalah beli di butik-butik bayi yang diyakini. Tapi jika anda ingin membeli diatas talian.

Saya cadangkan anda beli di website The Baby Store ( www.thebabystore.com.my) . Website ini memang menjual Quinny original yang diambil melalui distributor di Malaysia.

Ada juga yang jual stroller ini yang diambil melalui Singapore. Tapi masalah yang akan anda hadapi adalah jika berlaku kerosakkan. Nak repair? nun.. kene hantar ke Singapore.... memang tidak berbaloi.

So.. memang saya rekemen beli sahaja di website The Baby Store. Diskaun pun ada juga.. jangan risau. Apa yang penting beli barang Original tanpa was-was.

Klik sahaja butang "Order Now" dibawah jika anda ingin dapatkan baby stroller ini.

Jika anda first time daftar di website tersebut. Jangan lupa claim 200 points masa check out. Ada diskaun lagi. Eh... ada lagi tau... setiap RM1 belian anda beli. Anda akan kumpul mata ganjaran juga dimana anda boleh tebus pada belian seterusnya... Memang jimat. Serius.

Selamat Berbelanja.