Monday, September 29, 2014

# 6 Tips Tangani Anak Meragam!



‘Ibu, panaslah! Jomlah balik, tak sukalah tempat ini. Cepat laa balik… kalau tidak Adik jerit,” teriak si anak. Situasi ini biasa berlaku ke atas anak yang banyak ragam ketika berada di khalayak ramai. Sebagai ibu, anda sendiri sukar untuk mengawal anak. Keadaan ini memaksa dirinya untuk duduk diam sahaja di rumah sahaja. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara bagi menangani kanak-kanak yang meragam di khalayak ramai:

  • Jika anda membawa anak ke mana-mana, dinasihatkan jangan mengambil masa terlalu lama sehingga membuatkan anak-anak terasa penat. Paling efektif jika ada ruang untuk bermain atau berehat bagi mereka. Rancang perjalanan atau aktiviti dengan betul dengan mengambil kira keadaan anak-anak yang masih kecil. Kadang kala walaupun aktiviti itu menarik , apabila mereka sudah penat dan mengantuk, mereka akan mula meragam. Ibu bapa akan merasa tidak selesa apabila anak-anak meragam di khalayak ramai. Kita bukan sahaja malu malah menjadi marah kerana semakin dimarahi semakin kuat anak meragam.

  • Berehat untuk makan. Kanak-kanak jika sudah lapar walaupun di hadapan orang ramai mereka akan meragam, terutama bagi yang jenis difficult.

  • Rancang percutian dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan supaya anak-anak tidak rasa bosan dan meragam.

  • Jangan bawa kanak-kanak ke tempat barang permainan atau yang menarik perhatiannya. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mahukan sesuatu.

  • Jika mahu melancong atau ke mana-mana, pastikan kesihatan anak-anak anda dalam keadaan yang baik.

  • Sebaik-baiknya, anda disiplinkan anak-anak sejak dari kecil. Setiap kali menegur mereka,  tegurlah secara berhemah dan lembut tetapi tegas agar anak-anak faham dengan rentak kita.

Sumber : Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment