Friday, September 12, 2014

Cara Selamat Gendong Bayi

Dr. Izam Suziani menegaskan gendongan dapat merapatkan hubungan antara bayi dan ibu.
Gambar : Utusan


JIKA ada yang beranggapan menggendong bayi hanya dilakukan oleh orang luar bandar atau yang tidak berpelajaran, anda salah, ini kerana banyak kebaikan yang anda dan bayi peroleh kerana menggendong bayi.

Sembilan bulan di dalam kandungan, bayi memerlukan tempoh masa selama sembilan bulan lagi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Konsep ini disebut juga sebagai ‘nino’ atau 9 ‘in’ dan 9 ‘out’.
Dalam tempoh tersebut, bayi masih memerlukan hubungan yang rapat dengan ibu sehingga mereka biasa dengan persekitaran dan menjadi lebih berdikari.

“Adalah tidak betul jika orang mengatakan bayi yang digendong menjadi terlalu bergantung, lembik, terlalu manja atau hendak melekap sahaja kepada ibu kerana sebenarnya semua bayi mahu digendong," demikian kata konsultan babywearing by Baby Ultra, Dr. Izam Suziani Ismail semasa ditemui, baru-baru ini.

Menurut Dr. Izam Suziani, baby wearing by Baby Ultra merupakan pusat sumber ‘baby wearing’ yang menyediakan kaedah menggendong bayi yang selamat dan selesa bagi kedua-dua bayi dan ibu bapa.

Katanya, ciri-ciri alat menggendong yang selamat dan selesa ialah kainnya membaluti keseluruhan belakang bayi dan menyokong bayi di dalam keadaan semula jadi.

Ia juga membenarkan bayi berada di dalam keadaan sedikit terkangkang dengan lututnya berada di paras pusat serta kain gendong menyokong keseluruhan bahagian bawah punggung dan kaki bayi daripada arah lutut ke lutut.

Gendong yang selamat juga membolehkan berat bayi diagihkan ke seluruh badannya dan mengekalkan suhu badan di paras optima.

Beliau yang mengikuti kursus mengenai baby wearing di Sekolah Baby Wearing di Trageschule, United Kingdom berkata, konsultan yang terdapat di pusat ini merupakan konsultan yang terlatih dan berdaftar dengan pertubuhan-pertubuhan baby wearing antarabangsa yang terkenal.

“Kami di sini membantu ibu bapa memilih gendongan yang paling bagus untuk ibu bapa dan bayi dengan menyertakan sekali maklumat, pendidikan dan pilihan.

“Pada masa masa sekarang ramai ibu atau bapa yang tidak mahu mendukung atau menggendong bayi mereka kerana beranggapan kolot. Mereka berasa lebih moden apabila meletakkan anak mereka di dalam kereta sorong atau menyuruh pembantu rumah mereka yang mendukung bayi," ujarnya.

Ibu kepada lima orang anak yang berumur sembilan, tujuh, lima, tiga dan setahun ini, membuka kelas baby wearing kerana hendak mewujudkan kesedaran dalam kalangan ibu dan bapa tentang kebaikan menggendong bayi.

“Kelas ini diadakan di Bangi Gateway pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 10 pagi hingga satu tengah hari manakala pada Jumaat di tempat lain bergantung pada jemputan dengan bayaran yang minima.

“Daripada kelas yang saya kendalikan ini ramai yang mula ada kesedaran untuk menggendong bayi mereka tetapi tidak tahu cara yang betul. Untuk itu, saya kumpulkan beberapa orang ibu dan menyediakan jurulatih yang akan mengajar para ibu ini. Jurulatih ini mempunyai sijil daripada United Kingdom dan berkelayakan mengajar cara menggendong bayi pada orang awam.
Banyak kebaikan menggendong bayi antaranya merapatkan hubungan ibu, bapa dan anak, menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan emosi yang baik, membantu penyusuan susu ibu, membantu tumbesaran, merangsang perkembangan pancaindera anak, membantu mengatasi masalah kembung perut, membantu ibu bapa menjalankan aktiviti harian, mengurangkan kecederaan dan lenguh, satu bentuk senaman untuk ibu bapa dan memudahkan pemantauan anak," jelas Dr. Izam Suziani.

Empat jenis gendongan

Tambah beliau lagi, terdapat empat jenis gendong, iaitu baby tai ring sling, soft structured carrier, wrap dan mei tai yang kesemuanya diimport dari Jerman dan Amerika Syarikat.
Gendong yang dijual, berharga di antara RM200 sehingga RM700 bergantung kepada jenis kain dan kualiti.

Menurut Dr. Izam Suziani lagi, gendong yang terdapat di Baby Ultra boleh dipakai oleh bayi yang baru lahir sehingga pada umur anak mahu digendong.

“Bayi yang memakai gendong yang selamat seperti gendong Baby Ultra tidak akan berjalan kengkang. Gendong yang banyak dijual di kedai, tidak selamat, tidak ergonomik, anak rasa tergantung dan mendedahkan pada risiko dysplasia dan menyebabkan belakang ibu sakit.

“Jangan meletakkan nyawa anak dalam bahaya dengan menggunakan gendong tiruan yang tidak selamat kerana gendong tiruan tidak berkualiti, jahitan tidak kemas, tidak kukuh, buckle boleh pecah dan anak boleh jatuh," kata Dr. Izam Suziani yang pernah bertugas selama lapan tahun sebagai doktor pediatrik di Hospital Kajang dan kini bertugas di Klinik As Salam, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kepada yang ingin mengikuti kelas ‘baby wearing’ atau membeli gendong Baby Ultra boleh menghubungi beliau di 012-3317023 atau layari www.babyultra.com.my.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment