Friday, September 12, 2014

Makanan Yang Perlu Dielakkan Bayi 6 Hingga 12 bulan



Seringkali Ibu Bapa ambil ringan tentang permakanan anak dan ada juga menghadapi masalah untuk menerangkan kepada orang lain mengapa kita tidak memberi makanan-makanan seperti berikut.

Di bawah adalah penerangan mengapa kita perlu elak memberi makanan tertentu jika anak kita berusia kurang dari 12 bulan.

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat

Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses

Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

Putih Telur

Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

Madu

Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

Botulism ialah penyakit yang disebabkan oleh keracunan makanan yang berpunca dari toxin yang keluarkan oleh bacteria. Biasanya pada madu yang tidak dirawat ada bakteria ini. Serangan penyakit botulsm akan menyebabk system dalam badan menjadi lumpuh, hilang keupayaan untuk makan (menelan) dan bernafas di kalangan bayi. Orang dewasa jarang mendapat serangan ini kerana sistem pencernaan mereka biasanya sudah boleh mencernakan parasit tersebut.

Walaubagaimana pun penyakit ini amat serius di kalangan bayi tetapi biasanya mereka akan terselamat dari kejadian yang lebih buruk. Tanda tanda awal ialah sembelit yang melebihi 3 hari di kalangan bayi.

Serangan ini bukan hanya di sebabkan oleh polen dari madu tatapi juga dari debunga lain atau pun habuk yang teruk yang mengandungi bakteria itu. Satu cara bagi ikhtiar mengurangkan risiko ialah dgn memasak bahan makanan yang di syaki ada bakteria itu sehingg 121 darjah Celcius.

Makanan Laut 

Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat 

Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum

Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah

Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

No comments:

Post a Comment