Thursday, September 18, 2014

Panduan Hadapi Bayi Tercekik




Malang tidak berbau. Kadang kala tanpa disedari bayi yang sudah pandai mengutip tercekik objek yang dikutip. Apabila menghadapi situasi begini, pastikan anda cukup info untuk menghadapinya agar pertolongan kecemasan dilakukan segera.

1.    Bertenang. Jangan cuba untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam mulut bayi menggunakan jari kerana anda mungkin hanya menambah masalah lain pula.

2.    Tiarapkan bayi di lengan atau paha anda. Jadi lehernya disokong dan kepalanya berkedudukan lebih rendah daripada badannya.

3.    Tepuk belakang badan bayi dengan tapak tangan anda. Objek yang berada di dalam mulutnya mungkin terkeluar.

4.    Jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas lima kali percubaan, baringkan dia dan gunakan hujung dua jari anda untuk mengurut tulang dadanya.

5.    Jika bayi anda mula tidak sedarkan diri, cuba kejutkan dia dengan menepuk tapak kaki atau memanggil namanya. Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat gerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.

6.    Jika dia tidak bernafas, minta bantuan sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.

Sumber : Pa&Ma

No comments:

Post a Comment